BERITA tragis melibatkan insiden pembunuhan kejam dan kemalangan maut semakin membimbangkan.Lebih memilukan apabila tragedi berdarah seperti itu turut melibatkan anak-anak kecil seperti kes terbaharu yang terjadi di Kuantan, Pahang. Meskipun takdir setiap insan sudah tertulis, namun terdapat doa dan zikir yang boleh diamalkan bagi mengelakkan diri terkena musibah.Ini antara amalan yang boleh dilakukan seperti perkongsian pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun di Facebook.1. Doa saat ditimpa musibahDaripada isteri Nabi, Ummi Salamah RA, beliau berkata Rasulullah bersabda: tidaklah seseorang hamba apabila tertimpa musibah lalu dia mengucapkan إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا(Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami akan dikembalikan. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya), melainkan pasti Allah akan mengurniakan ganjaran pahala pada musibahnya itu dan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik darinya.)(Hadis riwayat Muslim, no. 918, Abu Dawud, no. 3119, Ahmad, no. 26635)Firman Allah dalam Surah al-Baqarah 156–157: Orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keampunan dan rahmat daripada Tuhan mereka.Umat Islam dianjurkan berdoa memohon perlindungan Allah supaya terhindar daripada musibah dan bencana. -Gambar hiasan2. Doa tawakal sebelum keluar rumahNabi SAW bersabda: apabila seseorang keluar dari rumahnya, kemudian dia membaca doaبِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ(Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah) nescaya dikatakan baginya: “Kamu diberi petunjuk, dicukupkan keperluan dan dilindungi.”(HR Tirmizi, Hadis Hasan Sahih)3. Doa daripada kejahatan makhlukأَعُوذُ بِكَلِمَاتِ ٱللَّهِ ٱلتَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ(Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan segala apa yang diciptakan.)4. Doa berlindung daripada semua mudaratبِسْمِ ٱللَّهِ ٱلَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ ٱسْمِهِ شَيْءٌ فِي ٱلْأَرْضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَاءِ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memudaratkan di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.)