suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Orang betulkan gigi pun kau benci?” - Wanita ‘darah pahlawan’ hamun rakan sekerja lelaki hina perempuan pakai pendakap gigi

Budaya kerja yang sihat bermula dengan sikap saling menghormati antara rakan sekerja. -Gambar hiasan AI

BUKAN semua kritikan yang dilemparkan di tempat kerja wajar diterima, lebih-lebih lagi apabila ia mula menyentuh soal  penampilan fizikal sehingga tergamak menjatuhkan maruah seseorang.

Seorang wanita berkongsi pengalaman pahitnya berdepan sikap biadab beberapa rakan sekerja lelaki.

Mereka didakwa gemar memperlekeh dan mengutuk penampilan wanita yang memakai pendakap gigi (braces) dan mengenakan solekan tebal.

"Pernah gaduh dengan lelaki jenis rempit dekat pejabat dulu. Mereka tak suka perempuan pakai braces dan mekap tebal. Tak cantik, hodoh katanya. Saya pun mestilah tak boleh diam.

"Saya cakap ingat mereka kisah ke anda semua ni suka ke tak? Silap-silap pandang kau pun menyampah. Kemudian salah seorang tu terasa, tiba-tiba dia naik suara... ingat kau lawa sangat ke?

Setiap pekerja sepatutnya lebih mementingkan kualiti kerja daripada masalah peribadi orang lain. -Gambar hiasan AI

"Saya pula darah pahlawan, saya cakap... ya memang pun aku lawa, kenapa? Suara lagi tinggi daripada dia. Tahu pun kau diam," imbas wanita itu mengenai kejadian panas itu.

Wanita itu menjelaskan bahawa dia sendiri sebenarnya tidak memakai pendakap gigi dan sering ke tempat kerja tanpa solekan tebal.

Bagaimanapun, dia tetap berasa amat marah apabila mendengar kenyataan berbaur penghinaan itu.

"Saya tak pakai braces pun dan memang jenis bare-faced pergi kerja dengan acik-acik look. Tapi saya geram dengan kenyataan dia. Orang nak cantik-cantik, nak betulkan gigi pun kau nak benci?

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita disindir rakan sekerja pakai mekap selepas solat, respons akak ‘cleaner’ buat hati berbunga

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap pakai mekap punca kulit wajah ‘breakout’? Jangan abaikan rutin ini ketika cuci muka

"Bukan pakai duit kau pun. Tak kisah la dia fikir saya ni lawa ke tidak tapi dia diam tu maksudnya saya ni lawa la tu kan? Nampak sangat biasa tengking perempuan. Rasa lebih berkuasa kalau perempuan diam je.

"Rasa takut dan tak tak selamat dengan dia. Main suka hati je nak 'sembur' orang," ceritanya lagi, menggambarkan betapa toksiknya persekitaran kerja ketika itu.

Mengimbas kembali ketika mula bekerja di syarikat tersebut, wanita itu mendakwa dia turut menjadi mangsa buli secara mental apabila sering dipersendakan tanpa sebab yang jelas.

  • Wanita dedah rakan sekerja lelaki suka kutuk penampilan wanita.
  • Tak berdiam diri, dia balas individu yang persoalkan rupa parasnya.
  • Dakwa pernah menjadi mangsa buli mental di tempat kerja.
  • Kesal dengan sikap lelaki yang gemar memperlekeh wanita.
  • Akhirnya nekad resign selepas 10 bulan bekerja.

"Saya tak tahu apa yang mereka tak puas hati. Mungkin juga disebabkan saya ni graduan daripada sebuah universiti luar negara. Saya tak buat perangai desa macam dia mungkin. Selalu saya diam dan tak bergaul sangat.

"Malas nak bergaduh walau sakit hati dengan mulut mereka. Tapi lama-lama memang tak boleh sabar. Yang komen pula, kalau handsome macam pelakon Korea Cha Se-gye boleh la faham.

"Kau dengan sendal pintu sikit lagi tak ada beza, ada hati nak kritik perempuan. Macam-macam. Jijik apabila fikir balik. Tapi lepas 10 bulan kerja saya dah letak jawatan," jelasnya mengakhiri kisah tersebut.

Artikel Lain