SEORANG wanita meluahkan rasa marah dan kecewa selepas menemui tiga beradik yang dipercayai ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa di sebuah taman permainan tertutup (indoor playground).Apa yang mengejutkan, dia mendedahkan bahawa kesemua kanak-kanak tersebut ditinggalkan kira-kira tujuh jam disebabkan ibu mereka perlu keluar bekerja. Prihatin dengan keadaan tersebut, dia segera menyeru ibu bapa mahupun penjaga agar menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku terhadap anak-anak."Valid tak aku rasa marah pada mak ayah yang tinggalkan anak dekat indoor playground tanpa penjaga. Hari ini kali kedua aku jumpa kes macam ni.Anak kecil tidak sepatutnya ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa. -Gambar hiasan"Aku jumpa tiga beradik... yang sulung budak lelaki berusia sembilan tahun, adiknya lima tahun (lelaki) dan seorang lagi perempuan umur empat tahun. Mak ayah mereka tinggal sebab pergi kerja," ujarnya berkongsi situasi di Thread.Mengakui bimbang mengenangkan nasib kanak-kanak terbabit, wanita ini berkata dia dimaklumkan bahawa mereka akan pulang kira-kira pukul 9 malam, selepas ibunya tamat syif kerja.Malah katanya, kesemua mereka telah berada di dalam taman permainan tersebut sejak pukul 2 petang."Tak fikir ke kalau jadi apa-apa dekat anak? Jatuh ke patah ke semasa main, masa aku tengah tengok-tengok pun, adik-adik dia sedang memanjat bagai, lasak.Wanita jumpa tiga beradik ditinggalkan tanpa pengawasan di sebuah indoor playground.Kanak-kanak berusia sembilan, lima dan empat tahun itu berada di lokasi dari pukul 2 petang hingga 9 malam.Dia bimbang keselamatan mereka kerana bermain dan memanjat tanpa penjaga.Budak lelaki berusia sembilan tahun mengaku tidak seronok berada di situ terlalu lama tetapi memahami ibunya bekerja.Perkongsian itu mengundang kebimbangan netizen terhadap aspek keselamatan dan tanggungjawab ibu bapa.Ringkasan ini dijana oleh AI"Itu depan mata aku, bolehlah tengokkan kejap, kalau aku balik, siapa tengokkan?" ajunya sambil meluahkan rasa kasihan apabila mengimbau reaksi budak lelaki terbabit.Menurut wanita ini, budak tersebut seolah-olah menahan sebak ketika menceritakan situasi dialami selain mengakui tidak gembira berada di lokasi berkenaan."Dia cakap tak seronok duduk situ lama-lama tapi ibu kerja. Ibu kerja di hospital, ayah kerja di ladang jaga lembu. Ayahnya balik rumah sekejap tapi pergi ladang semula pada waktu petang sebab takut lembu hilang.ARTIKEL BERKAITAN: Buat ‘indoor playground’ macam pusat asuhan, mak ayah selamba tinggal anak main sendirian... Rupanya pergi tengok wayang!ARTIKEL BERKAITAN: [V] Video tular tinggal anak 2 jam di 'playground' dedah suami 'dating' kekasih gelap - "Kalau tahu dia curang, aku sepak""Katanya ibu hantar kalau ada duit dan apabila ibunya kerja," ujarnya berkongsi perbualan dengan kanak-kanak tersebut.Perkongsian hiba itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ramai menyuarakan kebimbangan terhadap aspek keselamatan serta kecuaian ibu bapa dalam memastikan kebajikan anak-anak."Ayah ada kandang lembu, patutnya bawalah anak-anak tu jaga lembu sekali."Kesiannya, tak boleh bayangkan kalau mereka lapar macam mana sebab ada aktiviti melompat sana sini, mesti cepat lapar sebab guna tenaga," demikian reaksi netizen.