suria

“Jangan timbulkan apa-apa spekulasi yang tak patut ” - Umisya Mazlan minta jaga mulut

PEMPENGARUH media sosial, Umisya Mazlan meluahkan isi hati mengenai kesabarannya berdepan pelbagai ujian hidup yang selama ini terpaksa dipendam.

Menurut Umisya, banyak perkara boleh diceritakan kepada umum namun dia memilih untuk hanya bersuara bagi membuktikan dirinya juga seorang manusia biasa.

“Banyak sebenarnya boleh diceritakan dari A hingga Z, tapi cukuplah dengan bersuara untuk hanya membuktikan kepada manusia dan dunia.

"Diam Misya ini untuk kebaikan semua orang. Tapi Misya harap jangan timbulkan apa-apa spekulasi yang tak patut tentang Misya.

Umisya tampil membuat luahan di InstaStory miliknya pada Sabtu. 

"Berpada-padalah dalam berkata sebab tak semua orang akan faham selagi tak berada di tempat kita (ketika Misya terduduk, jatuh sejatuhnya seorang diri)," tulisnya dalam perkongsian di InstaStory miliknya pada malam Sabtu. 

Menurut Umisya, dia sedar ramai yang hanya melihat dirinya apabila bersuara lantang namun tidak menyedari betapa besar nilai kesabarannya selama ini.

"Orang tak melihat bila kita sabar, tapi orang melihat bila kita lantang.

"Cukup kita beringat Misya manusia juga. Misya ada ibu yang ada perasaan dan tiada sosok suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Mazlan tak pernah minta sesiapa mohon maaf, IG disekat Marissa dan Abby Abadi 

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam mohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi, pilih poligami demi jaga maruah Marissa Dania

"Misya juga tiada lelaki yang boleh pertahankan Misya kecuali suami dan ayah kepada anak-anak Misya.

"Misya juga ada perasaan, ada hati dan ibu kepada anak-anak Misya," katanya. 

Tambahnya, segala ujian yang ditanggung selama ini biarlah menjadi sempadan dan pengajaran buat dirinya.

“Cukuplah apa yang Misya telankan selama ini.

"Jadilah sebab orang percaya pada jiwa yang indah, hati yang baik dan tenaga yang positif. Jangan pernah berhenti menjadi seorang yang baik.

Umisya bahagia disamping Aslam walaupun terpaksa berkongsi kasih. 

“Cukuplah bagi kami Allah sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami,"katanya. 

Untuk rekod, Umisya terpaksa berkongsi kasih apabila suaminya, Ahmad Aslam berkahwin dua dengan anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania. 

Marissa dan Aslam berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. 

Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah angga pada Julai 2020. 

Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum Kembali rujuk Ketika dalam tempoh idah. 

Hasil perkahwinan tersebut,Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud,4, Nuh,3 dan seorang bayi perempuan perempuan yang kini berusia tujuh bulan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain