suria

[V] Infak zaman TikTok, peniaga dapat ‘live gifts’ hantar sebungkus nasi beriani ke gerai sebelah... Rupanya asbab lagi ramai sedekah!

Azmeer dihubungi orang ramai yang mahu menginfaqkan makanan.

REZEKI tak pernah salah alamat.

Begitulah kisahnya mengenai seorang graduan bidang Syariah yang kini berniaga di sebuah gerai makanan sementara menanti tawaran kerja tetap.

Ahmad Azmeer Saihon, 24, menjadi perhatian ramai selepas berkongsi video perjalannya sebagai peniaga makanan menerusi media sosial, baru-baru ini.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Azmeer mengakui seronok dengan bidang kerja itu, malah menjadikannya sebagai platform terbaik untuk menimba pengalaman.

"Saya baru tamat belajar pada Mac lalu. Selepas graduasi, kawan ajak berniaga. Jadi kami mula berniaga ketika bulan Ramadan sehingga ke hari ini.

"Kami menjual nasi beriani ayam masala, daging masak hitam dan kambing kurma bersama kuah asam kerisik. Kami juga jual nasi dengan ayam goreng kunyit.

azmeer65

Azmeer merupakan lulusan bidang Syariah dari UniSZA.

"Kami berniaga di hadapan Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, walaupun ada turun naik, tapi tetap dapat sambutan.

"Gerai dibuka pukul 11 pagi sampai 5 petang. Tapi ada ketikanya, sebelum Zuhur dah habis," ujar graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu.

Usaha Azmeer berkongsi video menerusi TikTok menyebabkan namanya mula dikenali sebilangan netizen sehingga dia turut dihubungi insan-insan yang mahu bersedekah.

Ramai juga yang mesej di Instagram. Mereka transfer duit kepada saya untuk infak makanan.

AHMAD AZMEER SAIHON

Paling menarik, ada seorang wanita memberikan gift ketika dia bersiaran langsung (live) menerusi TikTok dan sebagai balasan, dia meminta Azmeer menginfaqkan makanan kepada pelanggan.

"Saya mula gunakan medium TikTok masa tahun 2020. Pada waktu itu, saya fokus pada diri sendiri dan berkongsi video motivasi. Kemudian baru saya hasilkan video berniaga.

"Saya cuma nak berkongsi pengalaman dan tunjukkan realiti sebagai peniaga. Nak tunjuk kepada masyarakat kaedah untuk berniaga mengikut cara Nabi Muhammad.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai musnah dibadai ribut, jualan habis berterabur... reda diuji di hari pertama Ramadan, tindakan 2 rakan niaga selepas itu nyata berbaloi

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai diserbu selepas pekerjanya dikesan iras aktor Thai... tuan badan terus Google, tonton drama lakonannya - “Dia lagi kacak, saya biasa saja”

"Ketika saya buat live hari tu, ada seorang kakak bagi gift untuk minta saya infak makanan. Jadi saya infak kepada peniaga gerai sebelah.

"Kemudiannya, ramai juga yang mesej di Instagram. Mereka transfer duit kepada saya untuk infak makanan. Alhamdulillah, baru-baru ini 200 bungkus infak ke kilang dan masjid.

"Kemudiannya ada orang infak 200 bungkus beriani untuk kami hantar ke rumah anak yatim, tahfiz dan madrasah. Saya hanya tunaikan hajat mereka semua. Saya akan laksanakan dengan jujur dan amanah.

azmeer3

Azmeer diajak berniaga oleh seorang sahabat ketika Ramadan tahun ini.

"Jadi di sini dapat dilihat bahawa aplikasi TikTok juga ada manfaat dan kebaikan untuk kita semua," ujar anak kelima daripada enam beradik itu.

Menurut Azmeer, dia juga tidak menyangka video di akaun TikTok miliknya akan tular sehingga menerima ratusan ribu tontonan.

Azmeer juga terharu apabila ramai netizen menitipkan kata-kata semangat serta doa buatnya, sekali gus meniup semangat untuk dia terus berusaha keras dalam perniagaan.

azmeer4

Azmeer bersyukur dengan sambutan menggalakkan di gerai itu.

"Saya tak ada niat nak viral. Saya kongsi video pun sebagai apresiasi kepada individu yang infak. Tiba-tiba video itu viral.

"Saya pun terkejut dan terharu, ramai yang yang memberikan sokongan serta kata-kata semangat," ujarnya lagi.

Mengenai dirinya, Azmeer berkata dia tetap berharap untuk mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari di universiti.

azmeer2

Anak muda ini akui jatuh cinta dengan dunia perniagaan.

Pada masa sama, dia juga jatuh cinta terhadap dunia perniagaan yang kini sudah sebati dan menjadi rutin hariannya.

"Mak kata saya ada sijil dan kelayakan, jadi dia suruh mohon kerja. Saya memang dah mohon, cuma belum dapat lagi. Sementara belum dapat tawaran kerja, saya ambil peluang ini untuk berniaga bersungguh-sungguh.

"Sejujurnya saya minat berniaga. Pada masa sama, saya nak kerja dalam bidang yang dipelajari. Kalau boleh saya nak grab dua-dua bidang. Bidang Syariah ni luas. Apabila berniaga pun saya dapat praktikkan apa yang saya belajar dulu," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain