suria

Asyik buat silap, gadis ini sering menangis tiap kali ke kelas memandu... ‘kemuncak’ ketakutan nyaris langgar cikgu - “Mungkin sebab perut kosong”

Irdina hampir melanggar seorang guru memandu yang berada di dalam litar.

SETIAP orang pasti pernah lalui detik cemas dalam hidup mereka.

Begitu juga dengan seorang gadis yang sering mengalirkan air mata sewaktu ke kelas memandu.

Rakaman video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan memaparkan kompilasi gambar dia menangis disebabkan satu insiden yang berlaku di pusat latihan memandu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jimat duit tak perlu beli buaian, bapa ada cara tersendiri nak dodoikan anak.... memang sempoi - "Anak sulung pun babanya selalu tidurkan"

ARTIKEL BERKAITAN: Ada hari manja, adakala garang... akak guard tak kisah tangan ‘berbelang’, muka jerawat kerja tengah panas - “Ada masa saya buat rambut”

Bercakap kepada mStar, Irdina Ahmad Nazri, 22, berkata, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu sekadar mengimbau kembali kenangan sewaktu menghadiri kelas memandu di sebuah pusat latihan memandu di Gombak pada Mac lalu.

Irdina sepatutnya mengambil ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Julai, namun terpaksa ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Video tu adalah kompilasi gambar waktu saya ke kelas memandu pada bulan Mac lalu dan sepatutnya ambil ujian JPJ pada Julai, tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana PKP.

"Pada bulan Ogos lalu ada pengumuman mengatakan bahawa pusat latihan memandu akan dibuka semula.

IMG_0264

Irdina mula mengambil kelas memandu pada Mac 2021.

"Jadi saya pun teringatlah tak lama lagi mesti kena ambil ujian JPJ, sajalah nak throwback kenangan waktu belajar memandu.

"Saya memang banyak menangis sepanjang belajar memandu, cikgu selalu tegur kerana asyik buat kesilapan yang sama sahaja. Belajar bawa kereta manual ni memang agak susah sikit sebab banyak benda nak kena tekan," kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengiklanan di sebuah universiti di Shah Alam, Selangor

Cerita Irdina, dia pernah terlibat dalam satu insiden apabila hampir melanggar seorang guru memandu yang berada di simpang sewaktu memandu di dalam litar.

Bagaimanapun lelaki tersebut sempat mengelak dan menasihatkan Irdina selepas kejadian itu.

"Nak dijadikan cerita, saya ada kelas memandu lima jam straight bermula dari pukul 8 pagi pada 9 Mac. Jadi pukul 7 pagi lagi saya dah sampai di pusat latihan memandu dan tak sempatlah nak sarapan.

"Kelas pula pada pukul 12 tengahari dan sepanjang tempoh latihan tu saya memandu dalam keadaan perut kosong. Waktu nak belok ke simpang tiba-tiba saya tertekan minyak, sepatutnya masa tu kena tekan brek.

IMG_0282

Irdina menulis nota dan menjadikan beberapa video tips pemanduan di YouTube sebagai persediaan untuk mengambil ujian memandu JPJ.

"Masa tu hampir nak terlanggar seorang cikgu memandu lelaki berusia 30an yang berada di simpang tersebut, nasib baiklah dia sempat mengelak.

"Cikgu tu kemudian masuk ke dalam kereta dan menasihatkan saya, dia ada juga tanya dah makan ke belum? Mungkin sebab tak makan lagi," katanya yang menetap bersama keluarganya di Hulu Kelang, Gombak.

Ketika kejadian, guru memandu Irdina pula hanya memerhati kejadian tersebut dari dalam litar dan tidak dapat membantu untuk mengawal kereta.

Terkejut dengan apa yang berlaku, anak kedua daripada tiga beradik itu mengalirkan air mata sewaktu ditegur oleh guru memandunya.

"Waktu tu memang takutlah, kemudian cikgu saya pula masuk dalam kereta dan tegur perbuatan saya. Dia kata saya kena bertanggungjawab atas kereta yang dipandu jika berlaku sebarang kerosakan.

Kalau boleh chill je waktu memandu dan jangan panik, rajin-rajinlah tengok YouTube untuk tip serta cara pemanduan yang betul.

IRDINA AHMAD NAZRI

"Lagilah rasa cuak bila dia cakap macam tu, sampai menangis. Cikgu cakap dia tak nak ajar dah kalau saya buat lagi kesilapan macam ni.

"Sebenarnya ada betul apa yang cikgu saya cakap tu, dia cuma nak jalankan tugasnya dan pastikan pelajarnya selamat," ujarnya.

Irdina yang bakal menduduki ujian JPJ pada 20 Oktober nanti berpesan kepada mereka yang bakal mengambil lesen kereta untuk banyakkan berlatih memandu dan merujuk video pemanduan di internet.

Dia juga berharap agar dapat memiliki sebuah kereta transmisi automatik suatu hari nanti.

"Bagi mereka yang bakal mengambil ujian JPJ dan nak belajar memandu tu, pastikan anda semua makan terlebih dahulu sebelum ke kelas.

IMG_0263

Irdina akur dengan teguran guru memandunya dan cuba memperbaiki cara pemanduan.

"Kalau boleh chill je waktu memandu dan jangan panik, rajin-rajinlah tengok YouTube untuk tips serta cara pemanduan yang betul.

"Saya pun sebenarnya banyak belajar daripada video sebab dekat rumah semua guna kereta auto," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain