suria

Tak melatah terima komen kononnya buat kerja mudah... siapa sangka mulanya sambutan biasa-biasa, kini karya seni pelajar UiTM ini laku keras!

Wajdi tak marah dengan komen yang diterima sebaliknya menganggap individu itu kurang faham dengan proses yang dilakukannya.

REZEKI datang tanpa diduga.

Bermula secara suka-suka, seorang pelajar kini meraih pendapatan sendiri dengan menjadi usahawan lukisan pada gelas akrilik.

Menurut Nur Wajdi Mohd Yusri, 22, dia tidak pernah mengikuti sebarang kursus formal, sebaliknya mengasah bakat sendiri dengan menonton video tutorial di YouTube dan TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelukis luah hasrat jadikan Neelofa pemilik lukisan Kaabah ini - “Ada perasaan istimewa bila hasilkan lukisan tu...”

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan lukis rumput, diberi upah 50 sen... kini pemuda ini puas potret Ariana Grande menjadi! - “Dah banyak kali lukis, tapi buruk”

"Awalnya saya buat suka-suka saja, bukan untuk dijual. Saya lukis anime pada kepingan akrilik. Kemudian seorang kawan minta saya lukis wajahnya. Dia kata karya yang saya buat boleh jana pendapatan.

"Bermula detik itu, saya mula terima tempahan untuk lukis wajah pelanggan pada kepingan akrilik. Sekarang saya tawarkan dua produk iaitu lukisan pada kepingan akrilik dan lukisan pada sarung telefon bimbit.

"Alhamdulillah, saya menerima tempahan pelanggan dari serata negeri. Awalnya sambutan biasa saja, tapi ia makin laris selepas saya kongsi video produk saya di TikTok," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Wajdi, pelajar bidang Perniagaan Antarabangsa itu mengakui bersyukur dapat menjana pendapatan melalui minat dan kreativiti sendiri.

wajdi3

Wajdi tak sangka karya seni yang dihasilkannya akan mendapat sambutan ramai.

Jelas pemuda yang menetap di Kluang, Johor itu, ia sedikit sebanyak dapat membantu dia menampung kos pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bandaraya Melaka.

"Majoriti pelanggan saya dari TikTok. Saya rasa bersyukur sangat. Walaupun saya ada pinjaman pendidikan, duit berniaga saya boleh simpan. Tambahan pula sekarang belajar dari rumah, banyak dapat jimat.

Brother tu kata apa yang saya buat hanyalah kerja yang mudah, sekadar tekap-tekap lukisan pada kepingan akrilik saja.

WAJDI

"Sejujurnya sangat terharu dengan sambutan yang diteirma. Mungkin selepas ini saya akan hasilkan lukisan pada beg pula," ujarnya lagi.

Aktif berkongsi hasil karya dan produk miliknya di TikTok, Wajdi juga tak terlepas menerima komen yang memperkecilkan kerja yang dilakukannya itu.

Ujar Wajid, dia tak berkecil hati dengan komen yang menganggap hasil karyanya sebagai 'kerja mudah' dan menganggap ia sebagai satu cabaran dalam berniaga.

wajdi4

Wajdi merupakan penuntut UiTM kampus Bandaraya Melaka.

"Apabila tengok komen itu, saya terus tergelak. Brother tu kata apa yang saya buat hanyalah kerja yang mudah, sekadar tekap-tekap lukisan pada kepingan akrilik saja.

"Saya tak marah pun dengan dia. Mungkin dia tak faham proses sebenar. Sejujurnya ia bukanlah kerja yang senang. Sekali buat makan masa tiga ke empat jam, ia bergantung kepada gambar yang diminta," ujar anak ketiga daripada lima beradik itu.

Kata Wajdi lagi, dia juga perlu bijak membahagikan masa antara tugasan subjek dan permintaan pelanggan.

wajdi5

Selain lukisan pada kepingan akrilik, Wajdi turut berkarya pada sarung telefon bimbit.

Dengan pengurusan masa yang sistematik dan sokongan padu keluarganya, Wajdi yakin kedua-dua bidang yang dikejar itu dapat dicapai dengan cemerlang.

"Pada awalnya, mak ayah tanya... ada orang nak beli ke? Tapi tak apa, saya cuba, Alhamdulillah mereka pun bagi sokongan.

"Biasanya kalau ada kelas, saya kurangkan ambil tempahan. Tapi kalau dah masuk cuti semester, saya akan terima banyak tempahan," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain