suria

Serlahkan kreativiti sempena Hari Kebangsaan, anda berpeluang menang 65 hadiah termasuk pakej percutian

SMG akan memberikan 65 hadiah kepada pemenang bertuah menerusi kempen ini.

SELEPAS dua tahun dilanda pandemik Covid-19, rakyat Malaysia kali ini nampaknya 'membalas dendam' dengan sambutan Hari Kebangsaan secara meriah dan luar biasa.

Di sebalik kemeriahan itu, warga Malaysia turut membuktikan bahawa kreativiti mereka tidak mengenal batas dalam kempen Hari Kebangsaan “Tell Us You’re Malaysian Without Telling Us You’re Malaysia” anjuran Star Media Group (SMG).

Kempen ini yang dilancarkan pada 22 Ogos 2022 menjemput orang ramai untuk berkongsi foto dan video yang mempamerkan keunikan identiti kebangsaan negara kita.

Dari hidangan tempatan ikonik sehinggalah ke mercu tanda bersejarah, penyertaan yang pelbagai mempamerkan satu persamaan iaitu rasa cinta pada tanah air.

Ini termasuklah ucapan tahniah buat juara dunia badminton baru-baru ini, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

KANGAR, 30 Julai --BERSEMANGAT... Pemandu teksi Zakaria Lebai Harun menghias teksinya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 peringkat Negeri Perlis di Denai Larian, Pengkalan Asam hari ini.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Orang ramai dijemput berkongsi foto dan video yang mempamerkan keunikan identiti kebangsaan negara kita.

Jangan risau, anda masih lagi berpeluang menyertai kempen itu kerana penyertaan dibuka sehingga 16 September 2022.

Anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dengan berkongsi penyertaan kreatif di media sosial menerusi tanda pagar #SimplyMalaysian dan menghantar penyertaan di simplymalaysian.thestar.com.my.

ARTIKEL BERKAITAN: Biar posting berbicara! Buktikan anda anak jati Malaysia, jom sertai kempen #SimplyMalaysian... Boleh menang hadiah menarik

Penyertaan juga boleh dihantar melalui WhatsApp di 03-79646600, di mana chatbot akan memberi bimbingan berhubung langkah-langkah penyertaan.

Bersempena kemerdekaan Malaysia yang ke-65, SMG akan memberikan 65 hadiah kepada pemenang bertuah, termasuk TV pintar 50”, mesin basuh, jam tangan pintar, baucar percutian dan pelbagai hadiah lain yang menanti.

Seiring dengan bulan kemerdekaan, SMG juga menawarkan diskaun 50 peratus khas untuk pelan langganan The Star Digital Access untuk kandungan dan aplikasi TheStar.com.my. Para pembaca turut boleh menikmati diskaun 44 peratus bagi langganan The Star ePaper selama sebulan sepanjang kempen berlangsung.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, sila layari simplymalaysian.thestar.com.my, atau ikuti The Star di Facebook, Instagram, Twitter, Telegram dan TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain