suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Patuh syariah, peluang menang cabutan bertuah RM1 juta... ketahui 8 fakta menarik Akaun Pelaburan i-Rizq Plus Bank Rakyat

Pelanggan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta secara keseluruhan menerusi program cabutan bertuah.

NAK melabur tapi ragu-ragu?

Anda kini tidak perlu risau kerana Bank Rakyat baru sahaja memperkenalkan produk pelaburan pertamanya bagi membolehkan pelanggan melabur dalam aktiviti kewangan patuh syariah.

Berikut mStar kongsikan lapan info menarik mengenai Akaun Pelaburan i-Rizq Plus Bank Rakyat.

1. Pelanggan berpeluang memperoleh keuntungan yang tinggi.

2. Akaun pelaburan ini terbuka kepada warganegara serta bukan warganegara.

3. Nilai pelaburan minimum RM100 serta baki minimum pelaburan dalam akaun hanya sebanyak RM50.

812199

Cabutan bertuah wang tunai dibuat secara bulanan dan setiap setengah tahun.

4. Pelanggan tidak mempunyai sebarang tempoh minimum atau maksimum dan boleh mengeluarkan atau meningkatkan pelaburan bila-bila masa.

5. Pelanggan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta secara keseluruhan menerusi program cabutan bertuah bulanan dan setiap setengah tahun.

6. Semakin tinggi nilai pelaburan, maka pelanggan akan lebih berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang disediakan.

7. Akaun Pelaburan i-Rizq Plus berasaskan konsep Mudarabah, keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan akan dikongsi mengikut Nisbah Perkongsian Keuntungan yang telah dipersetujui bersama.

8. Produk ini ditawarkan kepada pelanggan yang mahu memaksimumkan keuntungan menerusi pelaburan dalam portfolio aset pembiayaan runcit dengan menumpukan kepada portfolio Pembiayaan Peribadi-i dan Aset Cair Berkualiti Tinggi (High Quality Liquidity Aset, HQLA).

Untuk maklumat lanjut mengenai Akaun Pelaburan i-Rizq Plus, pelanggan boleh mendapatkan maklumat menerusi laman web dan media sosial Bank Rakyat, perkhidmatan perbankan internet iRakyat, pertanyaan di talian 1-300-80-5454 atau kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain