suria

Ada ke yang sanggup jual buah pinggang? Lihat senarai penuh harga iPhone 14 mengikut storan... Paling murah RM4,199

Apple melancarkan varian iPhone 14 dengan harga bermula RM4,199 untuk pasaran Malaysia. Foto: Nic Coury/Bloomberg.

SYARIKAT teknologi gergasi Apple Inc akhirnya melancarkan model terbaharu iPhone 14, sekaligus menamatkan penantian ramai penggunanya di seluruh dunia.

Berikut merupakan senarai harga mengikut storan:

iPhone 14

128GB - RM4,199

256GB - RM4,699

512GB - RM5,699

iPhone 14 Plus

128GB - RM4.699

256GB - RM5,199

512GB - RM6,199

One of the newly released iPhones is displayed alongside the new Apple Watch Ultra and AirPod Pros during a launch event for new products at Apple Park in Cupertino, California, on September 7, 2022. - Apple unveiled several new products including a new iPhone 14 and 14 Pro, three Apple watches, and new AirPod Pros during the event. (Photo by Brittany Hosea-Small / AFP)

Selain iPhone 14, Apple turut mengumumkan Apple Watch Ultra dan AirPods Pro baharu. Foto: AFP.

iPhone 14 Pro

128GB - RM5,299

256GB - RM5,799

512GB - RM6,799

1TB - RM7,799

iPhone 14 Pro Max

128GB - RM5,799

256GB - RM6,299

512GB - RM7,299

1TB - RM8,299

A view of the new iPhone 14 at an Apple event at their headquarters in Cupertino, California, U.S. September 7, 2022. REUTERS/Carlos Barria

Pra tempah iPhone 14 untuk pasaran Malaysia bermula pada 16 September ini. Foto: Carlos Barria/REUTERS.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan peranti itu, model standard iPhone 14 boleh didapati bermula 23 September ini manakala versi Plus mula dijual pada 7 Oktober.

Model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan tersedia di pasaran tempatan mulai 23 September.

Pra tempah untuk semua varian iPhone 14 ini akan bermula pada 16 September.

Selain varian iPhone 14, Apple turut melancarkan Apple Watch Ultra baharu, versi mewah jam tangan pintarnya yang direka untuk digunakan selama 36 jam tanpa cas dan sehingga 60 jam dengan tetapan penjimatan kuasa diaktifkan.

Apple turut melancarkan AirPods Pro baharu sebagai tambah baik kepada model fon telinga tanpa wayar itu yang mula dilancarkan pada 2019.

Persoalannya, adakah harga yang ditawarkan itu berbaloi dengan spesifikasi yang diperkenalkan pada iPhone 14?

Jangan pula ada yang sanggup menjual buah pinggang seperti kes pada 2011 apabila seorang remaja di China menjual organ berkenaan pada harga 22,000 yuan (RM13,273) untuk membeli iPhone dan iPad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain