suria

Teringin masuk FYP? Fahami algoritma TikTok sebelum buat content, ada harapan views ‘meroket’

Ketahui cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan video TikTok lebih menarik. Foto: Jam STA ROSA/ AFP.

TIKTOK merupakan aplikasi video paling popular pada masa ini yang menjadi kegilaan ramai tidak kira tua atau muda.

Kebanyakan video yang tular di platform itu akan muncul pada halaman For You Page (FYP) sehingga memberi impak populariti buat pemiliknya.

Namun, pernahkah anda tahu mengenai algoritma TikTok dan bagaimana ia berfungsi?

. Foto: Jens Kalaene/dpa.

Fahami algoritma TikTok untuk menjadikan video anda lebih popular di aplikasi itu. Foto: Jens Kalaene/dpa.

Algoritma TikTok merupakan sistem kompleks yang direka bentuk untuk menyediakan kandungan pengguna berdasarkan perkara yang dipercayai mempunyai minat tinggi.

Menurut TikTok: "Sistem ini mengesyorkan kandungan mengikut kedudukan video berdasarkan gabungan faktor — bermula daripada minat yang anda nyatakan sebagai pengguna baharu dan melaraskan perkara yang anda nyatakan anda tidak minati juga.”

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi cara kandungan anda disampaikan kepada pengguna. Perkara utama yang dinilai oleh algoritma TikTok ialah aktiviti pengguna, subject matter, lokasi dan bahasa, audio dan maklum balas "Tidak Berminat", lapor Later.com.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, 'kaki' TikTok sila ambil perhatian!

Algoritma TikTok sentiasa menyesuaikan diri, berubah dan belajar daripada tingkah laku pengguna.

Berikut merupakan 10 cara yang boleh anda gunakan untuk mencapai kehendak algoritma tersebut.

1. Tarik perhatian audiens dalam tiga saat

2. Fokus pada niche

3. Gunakan audio TikTok yang sedang trending

4. Eksperimen dengan ciri-ciri baharu TikTok

5. Gunakan tanda pagar berkaitan

6. Berinteraksi dengan pencipta kandungan yang hampir sama dengan anda

7. Cipta kandungan yang boleh diakses

8. Cari masa terbaik untuk post video

9. Buat video dengan durasi lebih pendek

10. Jangan padam kandungan video lama

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain