suria

Biar posting berbicara! Buktikan anda anak jati Malaysia, jom sertai kempen #SimplyMalaysian... Boleh menang hadiah menarik

Roti canai, nasi lemak dan teh tarik adalah sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia.

NASI lemak, teh tarik, roti canai dan kedai mamak merupakan sebahagian daripada identiti yang melambangkan kita sebagai anak Malaysia.

Walau merata ceruk dunia sekalipun merantau, sudah pasti comfort foods ini akan sentiasa dirindui dan tetap bertakhta di hati.

Justeru, bersempena dengan sambutan Hari Merdeka tahun ini, Star Media Group (SMG) menganjurkan kempen #SimplyMalaysian yang mengajak seluruh rakyat untuk berkongsi kisah, pengalaman, makanan dan destinasi yang melambangkan keunikan identiti negara ini.

Peserta hanya perlu menghantar penyertaan dengan berkongsi kisah yang melambangkan mereka sebagai anak jati Malaysia tanpa perlu memberitahu mereka rakyat Malaysia (Tell Us You’re Malaysian Without Telling Us You’re Malaysian).

1080x1080-BM

Semua penyertaan boleh dikongsikan dalam bentuk gambar atau video yang disertakan dengan kapsyen dan tanda pagar rasmi kempen #SimplyMalaysian.

Caranya cukup mudah! Peserta boleh muat naik perkongsian mereka melalui media sosial dan lawati laman sesawang simplymalaysian.thestar.com.my untuk mengisi borang penyertaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluang melancong percuma! Hantar barang boleh menang hadiah... Ayuh sertai Ganjaran Merdeka Lalamove, senang je

Selain mengambil bahagian dalam kempen ini, peserta juga boleh menghargai penyertaan satu sama lain di laman sesawang.

Pendek kata, objektif utama kempen ini bertujuan untuk meraikan keindahan detik warna-warni dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Sebagai simbolik ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65, sebanyak 65 penyertaan kisah paling kreatif #SimplyMalaysian akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah seperti peralatan elektronik, percutian, baucar tunai dan banyak lagi.

merdeka 2

SMG menganjurkan kempen #SimplyMalaysian sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Gambar hiasan

Kempen ini bermula pada 22 Ogos hingga 16 September depan.

Selain itu, bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan juga, Star Media Group turut menawarkan diskaun istimewa sebanyak 50 peratus untuk pelan langganan The Star Digital Access di TheStar.com.my dan aplikasinya.

Pembaca boleh menikmati diskaun 44 peratus langganan The Star ePaper selama sebulan sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Untuk maklumat lanjut, sila layari simplymalaysian.thestar.com.my atau ikuti The Star di Facebook, Instagram, Twitter, Telegram dan TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain