suria

Teori sains rungkai persoalan kenapa wajah suami isteri boleh seiras... Sweet sangat!

Teori sains menghuraikan kenapa pasangan suami isteri dilihat mempunyai wajah seiras. Gambar hiasan

LAZIMNYA kita mendengar ungkapan pelanduk dua serupa, bermaksud wajah seseorang mempunyai iras dengan individu lain yang tidak mempunyai pertalian darah.

Situasi yang sama juga kerap berlaku di mana kita terjumpa pasangan suami isteri yang wajah mereka kelihatan seiras seperti saudara kandung!

Silap haribulan, ada yang menyangka pasangan yang mempunyai wajah seiras ini adalah kembar.

pasangan 2

Hidup bersama sehingga bertahun-tahun lamanya membuatkan pasangan suami isteri serasi dari aspek mental. Gambar hiasan

Pernahkah anda terfikir bagaimana dua individu yang tidak mempunyai hubungan darah ini kelihatan seiras?

Tanda tanya ini dapat diterangkan dari sudut teori sains sebagaimana perkongsian doktor daripada Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah iaitu Dr Ahmad Rostam Md Zin.

ARTIKEL BERKAITAN: Fakta... Pasangan kurang kacak antara faktor wanita lebih bahagia!

Menerusi satu bebenang di Twitter, Dr Ahmad Rostam menghuraikan teori yang menerangkan situasi 'pasangan seiras'. Berikut adalah perkongsian beliau:

pasangan 3

Teori 'assortative mating' menyimpulkan seseorang cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara dengannya. Gambar hiasan

1. Kajian yang dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa seseorang cenderung untuk memilih pasangan yang mempunyai iras mukanya atau iras dengan ibu ayahnya.

2. Teori 'assortative mating' pula menyimpulkan seseorang cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara dengannya.

3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama. Ini menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya.

4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama. Oleh itu tidak hairanlah jika salah seorang jatuh sakit, pasangannya juga cenderung untuk tidak sihat.

5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.

6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh pasangan, maka pasangan tersebut akan kelihatan lebih seiras. Sweet kan?

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain