suria

Banyak jumpa puntung rokok? Jangan segan kutip, bahan buangan ini mujarab ‘halau’ hama tanaman

Seorang pengguna TikTok berkongsi cara membuat racun serangga daripada puntung rokok.

BAGI yang gemar bercucuk tanam, sudah semestinya perkara yang dititikberatkan adalah aspek penjagaan tanaman.

Selain mahu tanaman mengeluarkan hasil yang lebat, sudah pastinya kita mahu melindungi tanaman daripada serangga perosak.

Semestinya jalan paling mudah adalah dengan membeli racun kawalan serangga, namun ada cara alternatif untuk menyediakannya sendiri menggunakan bahan buangan iaitu puntung rokok.

Sekiranya anda terjumpa puntung rokok di mana-mana, jangan teragak-agak untuk mengutipnya.

racun 3

Air rebusan puntung rokok.

Menerusi perkongsian akaun yang sering berkongsi perihal tip tanaman, tanduria.co di aplikasi TikTok, puntung rokok boleh dijadikan racun makhluk perosak (pestisida) yang mantap dan mujarab.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini cara mudah buat racun organik guna nasi, air beras... lebih selamat, pokok pun subur

Cara-caranya seperti berikut:

1)Kumpulkan kira-kira segenggam puntung rokok.

2)Rebus puntung rokok di dalam 500ml air untuk menghilangkan virus mozaik dari tembakau. Rebus sebentar sehingga puntung rokok bertukar warna kecoklatan

3)Kemudian campurkan 10ml air rebusan ke dalam 1 liter air

4)Pindahkan ke dalam botol penyembur dan sedia untuk digunakan.

racun 1

Campur air rebusan puntung rokok dengan air biasa dan tuangkan ke dalam botol penyembur.

Semburkan tanaman dengan racun ini seminggu sekali jika hamanya masih ringan.

Bagaimanapun jika tanaman diserang serangga perosak agak teruk, boleh disembur dua atau tiga kali seminggu.

Ia mujarab untuk menghapuskan hama tanaman seperti tungau, kutu putih dan kumbang kecil.

Mudah bukan? Selamat mencuba!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain