suria

Ini cara mudah buat racun organik guna nasi, air beras... lebih selamat, pokok pun subur

Wanita bernama Tieok Eng berkongsi cara mudah membuat racun organik sendiri.

CILI adalah antara bahan yang sering digunakan dalam masakan.

Tak lengkap rasanya jika hidangan 'kosong' tanpa rasa pedas.

Bagi mereka yang suka masakan pedas, sudah pasti ada sekurang-kurangnya sebatang pokok cili yang ditanam di rumah.

nasi 1

Lebihan nasi putih diramas sebelum dicampur dengan air cucian beras.

Bagi yang gemar bercucuk tanam atau berkebun secara kecil-kecilan, aspek penjagaan pokok adalah perkara yang diberi keutamaan, iaitu melindungi tanaman daripada serangga perosak.

Jalan paling mudah adalah dengan membeli racun kawalan serangga.

Kini tak perlu susah-susah! Anda boleh menyediakan racun serangga sendiri yang lebih terjamin keselamatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Tetamu ‘on the way’ tapi rumah bersepah, ikuti 7 cara mengemas saat akhir

Mudah saja caranya. Sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita bernama Tieok Eng di laman Facebook Berkebun di Laman Rumah, anda hanya perlukan dua bahan iaitu nasi dan air cucian beras. Berikut adalah cara penyediaan racun organik:

1) Hanya perlukan tiga senduk nasi. Ramas-ramaskan.

2) Masukkan nasi yang sudah diramas ke dalam balang plastik atau botol plastik.

3) Ambil air cucian beras yang pertama dan ruangkan ke dalam bekas nasi yang diramas. Awas, jangan tuangkan air sampai penuh okay! Agak-agak 3/4 daripada bekas

4) Peram selama seminggu

5) Pindahkan campuran tersebut ke dalam bekas semburan supaya lebih mudah digunakan

6) Racun organik siap dan sedia untuk digunakan!

orkid

Selain tanaman sayuran, racun organik ini juga sesuai untuk pokok bunga.

Menurut Tieok Eng, pokok cilinya bertambah subur dan berbuah lebat apabila disembur dengan racun organik buatan sendiri.

Malah menurutnya lagi, racun organik ini bukan sahaja digunakan untuk tanaman sayur-sayuran, tetapi juga sesuai untuk pokok bunga.

Mudah kan? Selamat mencuba!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain