suria

Alamak! Tetamu ‘on the way’ tapi rumah bersepah, ikuti 7 cara mengemas saat akhir

Mengemas rumah bagi menyambut kedatangan tetamu. foto Freepik / Jcomp

TETAMU nak datang, tapi rumah belum kemas. Alamak, panik!

Itu belum fikir lagi juadah yang perlu disediakan dan baju apa yang harus dipakai bagi menyambut tetamu.

Gelabah pula bila ahli keluarga, saudara-mara mahupun rakan-rakan sudah pun dalam perjalanan ke rumah anda.

Memang mencemaskan, tiba-tiba rasa sakit perut pun ada.

Black woman doing house chores

Mop lantai dan vakum karpet antara perkara perlu diberi perhatian. foto Freepik

Jom ikuti cara untuk membersihkan rumah dengan cepat dan teratur pada saat akhir tanpa perlu pening kepala:

1. Bertenang

Tarik nafas dalam-dalam. Luangkan sedikit masa untuk merancang tugas pembersihan supaya anda boleh melakukannya dengan pantas dan cekap. Jika boleh, dapatkan bantuan rakan serumah anda untuk rancangan lebih lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu raya masak tanpa henti? 8 tip ini jadikan dapur bersih berkilat macam baharu!

2. Kumpul peralatan

Jika anda sudah bersedia untuk menangani tugas ini sendiri, mulakan dengan mengumpulkan peralatan pembersihan anda. Anda tidak perlu bersusah payah mencari vakum tangan nanti jika anda sudah mengatur segala-galanya dari awal.

3. Utamakan bilik

Jika anda kesuntukan masa, elakkan pergi ke bilik yang mungkin tidak dilihat atau dimasuki oleh tetamu anda. Tutup pintu supaya keadaan yang berserabut tidak kelihatan. Sebaliknya, fokus pada ruang dilalui tetamu di rumah. Ini termasuk pintu masuk, ruang tamu dan bilik air.

Jika tetamu akan melihat mana-mana bilik tidur anda, pastikan katil juga dikemaskan. Ini termasuk menyenaraikan bilik tetamu sebagai keutamaan sekiranya mahu menyediakannya buat tetamu.

kemas rumah saat akhir 3

Pastikan cawan, pinggan dan mangkuk dicuci. foto Freepik

4. Cuci pinggan, basuh pakaian

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk membersihkan semua pinggan mangkuk di dalam singki, melipat timbunan pakaian dan membersihkan sangkar kucing. Anda mungkin perlu menunggu untuk mengosongkan tong sampah utama sehingga anda selesai membersihkan, tetapi lihat tong sampah lebih kecil yang ada seperti di bilik mandi dan bilik tetamu.

5. Bersihkan habuk, permukaan

Membersihkan habuk dan permukaan adalah keutamaan anda yang seterusnya. Mulakan dengan permukaan besar yang digunakan oleh tetamu di setiap bilik. Luangkan masa tambahan di singki bilik mandi, kabinet dapur, meja ruang makan dan meja sisi. Jangan lupa untuk membersihkan tombol pintu, suis lampu dan permukaan lain yang biasa disentuh.

6. Vakum, mop lantai

Sekarang adalah masa untuk membersihkan rumah menggunakan vakum. Selepas itu, keluarkan penyapu biasa atau mikrofiber untuk mengambil habuk yang terlepas daripada vakum. Jika anda mempunyai alat mengemop yang cepat dan kering, bersihkan lantai yang tidak berkarpet. Beri perhatian lebih kepada pintu masuk supaya tetamu anda mendapat udara segar apabila mereka memasuki rumah.

kemas rumah saat akhir 4 rawpixel com

Menyediakan tisu tandas di bilik air. foto Freepik / Jcomp

7. Sempurnakan

Buat semakan untuk terakhir kali. Adakah bantal sofa tersusun? Adakah sudah sediakan tisu tandas di bilik air? Semak perkara sekecil-kecil itu yang memberi kesan kepada tetamu anda.

Tiba masa pula anda menyediakan makanan dan minuman, gelas dan pinggan mangkuk sebagaimana yang dirancang untuk dihidangkan. Ternyata ia merupakan saat yang mungkin kelam-kabut dan tidak disangka-sangka, tetapi anda berjaya melakukannya dengan teratur. Sekarang anda sedia untuk menerima kunjungan tetamu dengan senyuman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain