suria

Asalnya nak elak gangguan, penyelidik dapati mod senyap telefon hanya tambah tekanan

Segelintir orang mengaktifkan telefon mereka dalam mod senyap bagi mengelakkan gangguan. -Reuters

PERNAHKAH anda mengaktifkan telefon bimbit kepada mod senyap (silent) dan sentiasa memikirkan tentang terlepas panggilan, mesej teks dan notifikasi daripada media sosial?

Segelintir individu meletakkan telefon mereka pada mod senyap bagi mengelakkan daripada gangguan yang berterusan,

Tapi, penyelidik mendapati bahawa tindakan mengaktifkan mod senyap sebenarnya boleh meningkatkan tekanan.

Keadaan ini dinamakan sindrom Fomo (Fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' terhadap sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan status terkini di media sosial.

Percaya atau tidak, itulah hakikatnya.

Individu yang mendapati notifikasi tanpa henti daripada telefon pintar sebagai mengganggu cuba menyelesaikan masalah dengan mengaktifkan mod senyap pada telefon mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas jika suka main telefon terlalu lama... anda mungkin akan rabun, nampak lebih tua dari usia sebenar

Tetapi menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Computers in Human Behaviour, penyelidik tertanya-tanya sama ada mod senyap pada notifikasi membantu pengguna berasa kurang terganggu, atau lebih terganggu oleh pemikiran tentang apa yang mereka 'terlepas'.

guna telefon 2

Sesetengah orang menukar kepada mod getaran selain mod senyap dan mod bunyi. - dpa

Berikut adalah teori-teori berkaitan dengan Fomo:

1. Menurut HealthDay, penyelidik mengumpul data daripada 138 pengguna iPhone di mana 42 peratus daripada mereka menggunakan iPhone dalam mod getaran, 8 peratus menggunakan telefon mereka dalam mod senyap, manakala selebihnya hanya mengekalkan mod bunyi selama empat hari berturut-turut.

2. Peserta melengkapkan tinjauan untuk melihat sama ada mereka mempunyai Fomo dan mempunyai alat masa skrin pada telefon mereka untuk memantau berapa banyak mereka telah menggunakan telefon.

3. Menurut Medical Daily, penyelidik mendapati mereka yang mempunyai telefon dalam mod senyap mempunyai kecenderungan untuk mengangkat telefon bagi menyemak mesej lebih kerap daripada mereka yang mempunyai telefon mereka dengan mod bunyi atau getaran.

4. Mereka juga menghabiskan banyak masa di media sosial berbanding mereka yang tidak meletakkan telefon dalam mod senyap. Ini terutama berlaku kepada mereka yang mengalami Fomo dan NtB (Need to Belong) atau harus memiliki.

Menurut penyelidik, penemuan mereka mencetuskan pandangan baharu untuk memahami hubungan antara notifikasi dan penggunaan telefon mudah alih, terutama bagaimana isyarat bunyi dan getaran meredakan ketidakpastian pengguna dan memenuhi kepuasan pemantauan maklumat, sosial dan alam sekitar mereka.

Jadi, apa yang boleh menjadi penyelesaian untuk mereka yang mengalami Fomo yang tinggi? Penyelidik mengesyorkan supaya menyesuaikan notifikasi anda.- Pennlive.com/Tribune News Service

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain