suria

Awas! Jangan tinggal deodoran, peranti kegunaan harian dalam kereta jika cuaca panas

Barang yang ditinggalkan di dalam kereta ketika cuaca panas boleh mengundang bahaya. Foto YAP CHEE HONG/The Star

TANPA disedari, ramai dalam kalangan kita mempunyai tabiat yang suka meninggalkan pelbagai jenis barang di dalam kereta.

Tapi awas, kereta yang diletakkan dalam keadaan cuaca panas sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan sekiranya ditinggalkan terlalu lama.

Malah, cuaca panas juga amat berisiko kepada barang-barang lain seperti telefon pintar, peranti elektronik termasuk sebarang bekas bertekanan yang ditinggalkan di dalam kenderaan.

Apabila suhu melonjak melepasi 50 darjah celsius, cecair atau gas mudah terbakar boleh mengakibatkan letupan.

Menurut tip daripada Auto Club Europe (ACE), pastikan anda tidak meninggalkan sebarang botol atau bekas di dalam kereta.

ILLUSTRATION - Once temperatures soar past 50 degrees Celsius, flammable liquids or gases can cause explosions, so make sure you don't have any deodorant spray, disinfectant, antifreeze or cleaning products lying around in your car. Photo: Christin Klose/dpa

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak meninggalkan barangan tertentu termasuk telefon pintar di dalam kereta ketika cuaca panas. - DPA

Suhu tersebut mungkin kedengaran terlalu panas, tetapi kereta anda boleh mencapai suhu itu sekiranya ia diletakkan di luar selama sejam dengan suhu di luar adalah 28 darjah celsius.

Bahang matahari boleh memburukkan keadaan bagi sebarang semburan deodoran, pembasmi kuman, produk antibeku dan pembersih.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca panas melampau! Masa untuk miliki pendingin hawa mudah alih... Paling penting cepat sejuk, jimat elektrik

Bukan setakat itu sahaja, sebarang peranti elektronik seperti bateri boleh dicas semula, telefon pintar, power bank atau e-buku (ebook) tidak boleh ditinggalkan di dalam kereta ketika cuaca panas.

Ini kerana barang-barang tersebut mungkin boleh meletup di dalam kereta sekiranya terkena sinaran matahari secara langsung.

But kereta merupakan tempat terbaik untuk anda menyimpan power bank dan peranti lain.

Menurut ACE, bahagian di belakang kereta tersebut lebih sejuk dan kurang berisiko bagi letupan yang boleh menyebabkan kerosakan lebih besar.

Harus diinggatkan bahawa air dan cecair lain juga mengembang dan menjadi suam.

Justeru, ketika musim panas, bawalah barang-barang masuk ke dalam bangunan sekiranya ia merupakan minyak zaitun, air mineral atau minuman berkarbonat. - DPA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain