suria

Cuaca panas melampau! Masa untuk miliki pendingin hawa mudah alih... Paling penting cepat sejuk, jimat elektrik

Pendingin hawa mudah alih mempunyai kelebihan tersendiri.

CUACA panas yang sedang melanda negara ketika ini memang merengsakan hingga terpaksa bergantung kepada alat pendingin hawa untuk menyejukkan ruang.

Pun begitu, kesan lebih buruk daripada cuaca panas adalah peningkatan bil elektrik setiap bulan akibat penggunaan alat pendingin hawa dengan kerap.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah guna penghawa dingin, ini 5 cara nak sejukkan rumah anda!

Selain alat pendingin hawa konvensional, pernahkah anda terfikir untuk menggunakan pengawa dingin mudah alih?

Ia sebenarnya lebih baik bukan sahaja mempunyai fungsi sama seperti alat pengawa dingin biasa tetapi mampu menjimatkan penggunaan elektrik.

Jika anda sedang berfikir untuk memasang alatan itu di rumah, ketahui kelebihan alat pendingin hawa mudah alih sebelum buat keputusan!

6161241dd1f9a

1. Menjimatkan penggunaan elektrik

Salah satu alasan mengapa alatan itu dapat menurunkan penggunaan elektrik adalah kerana ia boleh dialihkan dari satu ruang ke ruang yang lain.

Ini bermakna, anda tidak perlu memasang alat pengawa dingin di semua ruang di dalam rumah kerana ia boleh dipindahkan mengikut keperluan.

2. Mengawal suhu lebih baik

Selain mudah dialihkan, ia juga menggunakan tenaga lebih hemat meskipun suhu ditetapkan paling rendah. Paling best, ia akan menetapkan suhu dengan sendirinya apabila sesuatu ruang itu sudah mencapai suhu tertentu.

629583fcc5e09

3. Lebih cepat sejuk

Pendingin hawa mudah alih lebih cepat menyejukkan ruang kerana semburan udara dikeluarkan secara terus berbanding alat pendingin hawa biasa yang memakan masa untuk sejuk.

4. Saiz yang comel

Kebiasaannya saiz alat pengawa dingin mudah alih didatangkan dalam bentuk yang comel dan senang dialihkan. Ia bukan sekadar tentang saiz, tetapi ukuran itu sebenarnya tidak menggunakan elektrik yang banyak.

Bagaimanapun satu kekurangan alatan ini adalah, penggunaan yang kerap akan membuatkan ia cepat rosak. Jadi pastikan buat kajian tentang sesuatu jenama sebelum membelinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain