suria

Betul ke kucing boleh tahu jadual harian, rasa ‘aura’ kepulangan anda?

Kucing dikatakan setia menunggu tuannya.

CUBALAH untuk setia!

Mungkin kesetiaan itu belum tentu dalam hubungan cinta, tapi dengan haiwan itu pasti.

Orang kata kucing ini cukup setia dengan tuannya, betul ke?

Walaupun tidak seperti anjing yang terkenal dengan kesetiaannya, namun ternyata cukup ramai pemilik kucing memaklumkan haiwan peliharaan mereka juga begitu setia.

Bila anda balik ke rumah, pasti si bulus berlari ke pintu seperti menyambut kepulangan anda.

Pakar perilaku kucing, Mikel Delgado berkata, sama seperti anjing, kucing juga boleh mendengar suara pemiliknya ketika mereka pulang ke rumah.

kucing setia 5

Sikap manja kucing yang memerlukan perhatian.

Menurutnya, kucing-kucing ini boleh mendengar bunyi kereta masuk ke kawasan rumah atau ketika pemiliknya berjalan menaiki tangga.

Delgado yang merupakan pemilik khidmat perunding tingkah laku kucing Feline Minds turut memberitahu, kucing mengetahui bunyi-bunyian tersebut boleh meramalkan ketibaan pemiliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Langsung tak boleh berenggang! Rupa-rupanya ada sebab kucing setia tunggu depan pintu ketika tuannya masuk bilik air

Selain itu, kucing juga mempunyai keupayaan untuk mengesan masa dan boleh mengetahui sama ada pemiliknya pulang ke rumah pada masa sama setiap hari.

Maka tidak hairanlah mengapa kucing sering tahu bila tibanya waktu makan malam.

Kucing boleh mempelajari jadual tuan mereka, terutama apabila terdapat makanan untuk mereka.

kucing setia 6

Si bulus menanti kepulangan tuannya.

Jika anda sering pulang ke rumah pada waktu sama setiap hari, kucing peliharaan anda boleh meramalkan kepulangan anda.

Tambah Delgado, kucing meraih banyak perhatian dan kadang-kadang mendapat makanan apabila pemiliknya pulang ke rumah.

Kemungkinan sebab itulah haiwan jinak ini tidak sabar menunggu kepulangan atau kehadiran pemiliknya.

Jadi, rahsia kesetiaan kucing selama ini bukan sekadar menjaga mereka dengan baik, malah haiwan ini juga perlu diberikan makanan yang mencukupi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain