suria

Awas jika skincare anda terlebih wangi! Mungkin salah satu produk ‘timbang kilo’

Produk timbang kilo mempunyai bau yang sangat wangi. - Gambar hiasan

BARU-BARU ini tular seorang wanita berusia awal 20-an menyatakan kulit wajahnya 'rosak' teruk disebabkan penggunaan produk penjagaan wajah yang viral di media sosial.

Meskipun banyak laporan media dan kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), namun masih ramai terpedaya dengan produk yang lebih sinonim dengan panggilan 'timbang kilo'.

Iyalah, produk tersebut menyatakan mampu mencerahkan wajah dalam masa tujuh hari sahaja!

Sebagai anak gadis pastinya mempunyai keinginan yang tinggi untuk memiliki wajah yang putih, mulus dan gebu.

Walaupun berjaya mendapatkannya dalam tempoh yang singkat, namun kesan penggunaannya amatlah membimbangkan.

Antara kandungan yang kononnya digunakan dalam produk.

Antara kandungan yang kononnya digunakan dalam produk.

Sanggupkah anda melihat kulit wajah dipenuhi jerawat yang mengandungi nanah?

Proses rawatan juga mengambil masa yang lama kerana kerosakan bukan hanya berlaku di lapisan luar kulit sebaliknya sudah merebak ke dalam.

Jadi berhati-hati ya sebelum menggunakan produk penjagaan wajah yang viral di media sosial tetapi tidak mempunyai logo pengesahan daripada KKM kerana terdapat dakwaan ia dihasilkan di negara jiran yang kemudiannya dibeli oleh 'founder' dan dibungkus semula.

Bagi yang ingin mengetahui produk timbang kilo, berikut merupakan beberapa cara untuk mengenal pastinya.

1. Bungkusan

Selalunya ia akan datang secara set yang turut mengandungi krim siang dan krim malam.

Ada juga yang konon menjualnya beli satu percuma satu bagi menarik minat pembeli dan harganya pasti mampu milik.

Produk timbang kilo berwarna-warni

2. Warna krim

Kebanyakan produk timbang kilo ini berwarna-warni bagi mengelakkan pengguna tahu ia datang daripada kilang yang sama.

Namun kebiasaannya ia berwarna kekuningan bagi krim siang manakala putih jernih untuk krim malam.

3. Bau

Boleh dikatakan kesemua produk timbang kilo ini mempunyai aroma yang sangat wangi.

Penggunaan fragrance yang tinggi adalah untuk menutup bau merkuri yang dicampurkan bersama dalam setiap produk penjagaan wajah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna 2 minggu kulit terus cerah, kemudian muka penuh ‘tiny bumps’! Gadis derita guna produk merkuri, terkejut dengar apa kata pakar

Teksturnya yang likat dan berkilat.

4. Tekstur

Kalau lihatkan permukaannya saja, anda akan melihat ia berkilat seperti mengandungi minyak.

Ia juga sangat berlikat apabila disentuh.

5. Hampir sama

Paling ketara adalah kesemua produk yang ada di pasaran kelihatan sama sahaja walaupun jenamanya berbeza. Kadang kala saiz bekasnya pun sama tau!

Sebab ia adalah krim siap sedia yang dihasilkan di kilang dan hanya menunggu 'founder' membeli secara borong sebelum membungkusnya mengikut jenama masing-masing.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan