suria

Periksa tarikh luput sabun pencuci pinggan anda, bahaya kalau terus guna jika tamat tempoh

Menggunakan sabun pencuci pinggan yang telah luput boleh merosakkan kulit.

SEPERTI produk pembersih lain, sabun pencuci pinggan juga memiliki tarikh luput tetapi mungkin ramai tidak menyedarinya.

Sebenarnya jika sabun pencuci pinggan anda sudah tamat tarikh luput, kesannya akan menurun dan hilang. Jadi proses mencuci pinggan mangkuk anda tidak akan bersih.

Home Guide Info menjelaskan mudah untuk mengetahui sama ada sabun pencuci pinggan anda sudah tamat tarikh luput.

Antara paling mudah untuk dikenalpasti adalah buihnya menjadi sedikit selain tidak efektif menghilangkan kotoran degil seperti minyak pada kuali.

Sabun pencuci pinggan juga mempunyai tarikh luput.

Sabun pencuci pinggan juga mempunyai tarikh luput.

Apabila itu terjadi, seseorang akan menggunakan lebih banyak sabun kerana merasakan ia tidak cukup dan bukannya kerana ia sudah tamat tempoh.

Tanda-tanda lain adalah, ia hilang bau harum yang dimilikinya malah dalam sesetengah kes, baunya boleh bertukar menjadi hapak.

ARTIKEL BERKAITAN: Emas putih dan rose gold tak ada nilai? Ini ilmu yang wajib ‘khatam’ sebelum beli

Bagi sabun pencuci pinggan yang datang dengan kandungan minyak esensial dan bahan semula jadi memiliki jangka hayat lebih pendek.

Paling membimbangkan apabila tekstur dan warnanya mulai berubah. Pewarna yang digunakan akan kehilangan fungsinya selain berbahaya bagi kulit.

Sekiranya tanda-tanda itu berlaku, sebaik-baiknya buang sahaja produk tersebut dan gantikan dengan yang baharu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain