suria

Emas putih dan rose gold tak ada nilai? Ini ilmu yang wajib ‘khatam’ sebelum beli

Antara barangan yang berasaskan emas yang ditawarkan di HABIB.

PADA zaman serba moden ini, banyak barangan kemas baharu boleh terhasil melalui kemajuan teknologi, kini ia didatangkan dalam pelbagai bentuk dan rekaan seperti jongkong, syiling, not, syiling wafer dan paling mendapat permintaan tinggi adalah perhiasan emas.

Seiring dengan peredaran zaman, terdapat pelbagai jenis rekaan yang ditawarkan di pasaran bagi menepati citarasa pencinta emas.

Malah, emas yang berada di pasaran kini bukan hanya berwarna kuning tetapi turut datang dalam pelbagai warna. Namun persoalannya, apakah emas lain mempunyai nilai sama seperti emas kuning?

Sesuatu barangan kemas itu dinilai mengikut jumlah kandungan emas yang digunakan. Berikut adalah jenis-jenis emas yang sering digunakan dalam menghasilkan pelbagai rekaan barang kemas.

1. Emas 999 (24K)

Mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9% dan selalunya digunakan dalam menghasilkan jongkong, syiling, not dan syiling wafer. Terdapat juga rekaan barangan kemas yang dihasilkan menggunakan emas 999 ini namun rekaannya adalah sedikit terhad kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa ini perlu penjagaan yang lebih teliti agar tidak mudah rosak dan kemek.

2. Emas 916 (22K)

Menjadi pilihan utama dalam menghasilkan barangan kemas kerana ianya lebih padu berbanding emas 999. Mempunyai kandungan emas sebanyak 91.6% dan ditambah aloi bagi menguatkan struktur rekaan emas ini.

3. Emas 750 (18K)

Seringkali digunakan bagi mengikat batu berlian dan permata untuk dijadikan sebagai cincin perkahwinan, pertunangan mahupun hadiah buat yang teristimewa. Jenis emas ini mempunyai kandungan emas sebanyak 75%.

4. Emas 585 (14K)

Emas jenis ini mempunyai kandungan emas sebanyak 58.5% dan kebanyakan digunakan dalam rekaan barangan aksesori kerana daya tahan yang sangat kuat.

5. Emas 375 (9K)

Jenis emas ini adalah yang mempunyai kandungan emas yang terendah iaitu sebanyak 37.5%. Ianya juga turut dikenali sebagai emas suasa yang menjadi popular dalam pembuatan cincin lelaki.

Persoalan yang sering bermain di fikiran ramai adalah apakah benar warna emas selain warna kuning di pasaran bernilai dan boleh dijual semula? Jawapannya adalah ya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayangilah emas anda! Ini 4 tip elak barang kemas mudah kusam, calar

Ini kerana nilai emas tidak dipengaruhi oleh warna tetapi kandungan emas. Terdapat tiga cara untuk menukarkan warna asal emas iaitu kuning kepada warna-warna lain iaitu:

Rekaan Gelang Tangan Oro Italia 916 yang menggunakan campuran aloi untuk menjadi warna emas merah jambu

1. Campuran Aloi

Sifat emas semula jadi yang lembut memerlukan emas dicampur dengan bendasing atau dipanggil aloi untuk menguatkan struktur emas. Selain itu, aloi seperti perak, platinum, tembaga (copper) dan aluminum juga ditambah untuk menghasilkan emas selain warna kuning iaitu emas putih serta merah jambu.

Warna emas yang terhasil tidak akan kembali kepada warna emas asal meskipun sudah dipakai dalam jangka masa yang lama. Sekiranya warna tidak lagi berseri dan menyerlah, hanya perlu melalui proses kilatan dan cucian sahaja.

Loket Emas 916 yang menggunakan teknik Electroplating Pix 1

2. Teknik Elektroplating

Secara ringkasnya, teknik ini dilakukan dengan menambah lapisan cat emas pada barang kemas secara elektrolitik. Kebiasaannya warna emas yang terhasil adalah lebih terhad kepada warna emas putih dan merah jambu.

Lapisan ini akan pudar dan kembali kepada warna asal emas iaitu kuning pada jangka masa yang lama. Untuk memulihkan barangan kemas kepada rekaan asal, teknik ini perlu dilakukan semula dan menjadikan ianya kelihatan seperti baharu.

Koleksi Lanterna menggunakan kemasan Cataphoresis Lacquer Pix 3

3. Melalui kemasan (finishing) yang dinamakan Cataphoresis Lacquer

Kemasan jenis ini digunakan untuk mengubah emas kepada warna selain kuning tanpa mengubah berat sesuatu barangan emas itu. Warna yang dihasilkan tidak terhad kepada emas putih dan merah jambu tetapi turut boleh menghasilkan warna-warna lain seperti merah, ungu, hijau, biru dan lain-lain.

Warna ini tidak akan luntur dan kekal jika cara pemakaian dan penjagaan barangan kemas dilakukan dengan betul. Kemasan seperti ini boleh dijumpai pada koleksi Oro Italia 916 yang ditawarkan hanya di HABIB dalam pelbagai rekaan.

Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang dan khuatir sekiranya hendak membeli emas yang berwarna selain daripada kuning. Setiap barangan emas masih mempunyai nilai untuk dijual semula mengikut harga pasaran dunia.

Buat orang ramai yang ingin menukarkan barangan kemas lama kepada yang baru, ia boleh dibuat di Pesta Emas yang sedang berlangsung di seluruh bilik pameran HABIB sepanjang bulan ini.

HABIB menawarkan harga kompetitif dan terdapat pelbagai rekaan menarik yang pastinya memenuhi citarasa anda.

Mereka juga menawarkan khidmat penilaian dan mencuci barangan kemas secara percuma. Selain itu, perkhidmatan seperti mengubah saiz barangan kemas, menggilap, mengukir turut ditawarkan di seluruh bilik pameran HABIB.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain