suria

Sayangilah emas anda! Ini 4 tip elak barang kemas mudah kusam, calar

Jongkong Emas 999 HABIB yang bermula daripada 1 gram sehingga 20 gram.

KECANGGIHAN teknologi mendorong barang perhiasan yang diperbuat daripada logam emas tampil dengan pelbagai rekaan baharu dan terkini.

Meskipun trend harganya meningkat, orang ramai tetap berlumba-lumba untuk melabur dan membelinya kerana ia antara aset yang mudah dicairkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Emas punya hal isteri curi-curi selongkar almari, terasa hati suami tak pernah bagi pakai... Gelang besar, gold bar pun banyak!

ARTIKEL BERKAITAN: Emas 916 luntur warna! Cangkuk gelang tukar jadi putih... Penjual salahkan losyen, ramai pula tak puas hati

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Seri Meer berkata, logam berharga itu pastinya tidak rugi jika dibeli untuk simpanan masa hadapan ataupun sebagai perhiasan bagi kaum wanita.

"Sebagai pelaburan yang boleh digayakan, ia menjadi salah satu sebab permintaan terhadap barangan kemas daripada emas mendapat sambutan yang menggalakkan.

Picture 1

Koleksi Gelang Emas 916 serta Oro Italia 916.

"Bukan itu sahaja, emas juga turut mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan lelaki di mana mereka mengumpul jongkong emas untuk dijadikan sebagai pelaburan.

"Justeru, bagi menyebar luas pengetahuan tentang kepentingan emas, HABIB melancarkan Pesta Emas yang berlangsung sepanjang bulan Jun di semua bilik pameran HABIB sekali gus memberi lebih pendedahan kepada para pelanggan khususnya kepentingan dalam memiliki logam berharga itu," ujarnya.

Orang ramai juga memilih emas sebagai medium pelaburan yang lebih menguntungkan disebabkan sifat logam berharga ini yang kalis inflasi.

Buat penggemar barangan kemas emas, rekaan klasik seperti sauh, rantai pintal, jagung dan biji sawi dari koleksi emas 916 sentiasa mendapat tempat di hati para pelanggan.

Namun rekaan moden dari emas 916 turut mendapat permintaan yang tinggi berikutan ia kelihatan lebih versatil kerana dapat diperoleh dalam dua atau tiga variasi warna serta bersaiz lebih besar dan ringan pada berat yang menjadikannya lebih unik.

Oro Italia 916 Ring In Yellow And White Gold X

Cincin Oro Italia 916 dalam kemasan keemasan dan emas putih X.

Malah proses 'cataphoresis lacquer’ yang sering digunakan masa kini dapat mengubah warna emas pelbagai warna tanpa mengubah berat emas tersebut dan membolehkan warna seperti merah jambu (gold rose) dapat dihasilkan tanpa menjejaskan kualiti emas 916 ataupun 22 karat.

Melihat kepada kepelbagaian rekaan barangan kemas yang terdapat di pasaran, HABIB berkongsi empat tips penjagaan barangan kemas yang mudah agar sentiasa kelihatan berkilau.

Untuk memastikan barangan kemas tidak tercarik pada pakaian, tanggalkan barangan kemas terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian.

Elakkan sentuhan langsung barangan kemas dengan cecair seperti bahan kimia, wangian, barangan kosmetik dan lain-lain untuk mengekalkan kualiti dan kilauannya.

Bersihkan barangan kemas dengan kerap. Gunakan berus lembut untuk mencuci di dalam larutan air sabun kemudian bilas dengan air suam yang bersih. Keringkan barangan kemas menggunakan kain lembut yang tidak berbulu sebelum menyimpannya. Bagi memudahkan para pelanggan, HABIB turut menawarkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma.

Pelbagai Rantai

Pelbagai jenis rantai Oro Italia 916.

Bagi mengelakkan kesan calar pada barangan kemas, elakkan bersentuhan dengan barangan kemas lain dan tanggalkannya sebelum melakukan aktiviti lasak dan sebelum tidur.

Di samping membeli emas, pelbagai perkhidmatan disediakan untuk barangan emas.

Menukarkan barangan kemas lama kepada yang baharu ataupun kepada tunai.

Perkhidmatan penilaian barangan kemas juga ditawarkan dan di samping membeli-belah, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma dan pantas.

Tambahan pula, HABIB turut menawarkan perkhidmatan lain seperti mengubah saiz barangan kemas seperti cincin yang telah terlalu kecil untuk dibesarkan, ataupun rantai tangan yang perlu dipanjang ataupun dipendekkan.

Pelanggan yang ingin membuatkan barangan kemas lama kelihatan seperti baharu, proses penyaduran elektrik ‘electroplating’ dan mengilap turut ditawarkan, serta perkhidmatan mengukir dan menindik telinga juga terdapat di HABIB.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain