suria

Saban tahun iklan raya semakin mantap, rakyat Malaysia akhirnya pilih 3 video Aidilfitri terbaik!

SETIAP tahun, sambutan Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa iklan yang menyentuh jiwa atau mencuit hati dalam membangkitkan semangat Syawal apatah lagi sudah dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan pandemik.

Tahun ini, tidak hairanlah banyak syarikat dan jenama menghasilkan video raya sama ada yang menyentuh hati atau membawa senyuman kepada penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangi hadiah menarik dengan hanya pilih iklan raya kegemaran anda... Tonton, undi dan menang!

Sebagai menghargai usaha yang telah dicurahkan bagi menghasilkan iklan terbaik untuk penonton, Star Media Group (SMG) baru-baru ini mempelawa seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama memilih karya paling menarik menerusi Nation’s Choice Awards 2022 edisi raya.

Tiga video raya yang mendapat paling banyak undian adalah Metaraya Matrix (Matrix Concepts), Nasihat Dari Hati (TM Group) dan Gaya Raya Luar Biasa (Watsons).

Lim Kok Yee - CMO

Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee.

Metaraya Matrix yang menampilkan aktres Janna Nick mengetengahkan konsep Matrix yang membawa sambutan Hari Raya ke dalam dunia metaverse.

Menggambarkan perubahan dunia, ia bagaimanapun mengangkat tentang tradisi yang masih diamalkan apatah lagi liriknya mengingatkan kita tentang budaya dan warisan tempatan.

Bercerita tentang inspirasi iklan tersebut, Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee berkata, ia bersifat peribadi di mana sepanjang dua tahun lalu kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa berjauhan dengan keluarga disebabkan pandemik.

Menurut Kok Yee, panggilan telefon atau video tidak mencukupi kerana kerinduan terhadap terhadap keluarga dan ibu bapa sentiasa dirasakan dan perkara sama dirasai oleh semua orang.

"Jadi, saya dan pasukan terfikir, mengapa tidak kita terjemahkan kerinduan ini dengan mengadakan perhimpunan keluarga melalui realiti maya!

TM Group

TM tampil dengan iklan raya berjudul Dari Hati.

"Apabila kerajaan mengumumkan perjalanan di antara negeri, sempadan dibuka, kami di Matrix Concepts memutuskan untuk merealisasikannya... maka terhasilnya video Metaraya Matrix," katanya.

Bercakap lanjut mengenai iklan tersebut, Kok Yee menjelaskan ia dihasilkan dengan satu rakaman selama dua hari yang sebenarnya merupakan penggambaran semalaman selama 14 jam di Clover, Resort Residence di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Jelasnya lagi, tiada set atau produksi besar-besaran digunakan sebaliknya apa dilihat adalah gambaran sebenar di Clover, Resort Residence dan persekitaran di Bandar Sri Sendayan.

"Barisan pelakon dan kru sangat mengagumkan kerana mereka melakukan semuanya secara profesional dan cukup berdedikasi.

"Malah saya cukup kagum dengan Janna serta pelakon lain, penerbit dan pengarah yang berjaya membawa video Metaraya Matrix ini ke tahap yang membanggakan," ujarnya.

SHANTI PROFILE PICTURE-11

Ketua Pegawai Pemasaran TM, Shanti Jusnita Johari.

Di sebalik itu, katanya, sudah menjadi hasrat penghasilan video akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya menghargai antara satu sama lain selain kasih sayang kepada keluarga dan rakan-rakan.

Tidak hanya itu, hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum penting untuk saling hormat menghormati dan memahami tradisi dan budaya masing-masing.

Nasihat Dari Hati pula menyedarkan penonton sama ada melakukan sesuatu itu mengikut kata hati tanpa mengharapkan balasan atau sekadar inginkan pujian. Mesej yang ringkas tetapi cukup mendalam.

Ketua Pegawai Pemasaran TM, Shanti Jusnita Johari berkata, pihaknya ingin mengetengahkan dan meraikan pelbagai budaya serta warisan Malaysia semasa musim perayaan dalam usaha memberi kesedaran dan idea bagaimana budaya dapat menghubungkan manusia dan merapatkan hubungan kekeluargaan.

Watsons

Gaya Rasa Luar Biasa dari Watsons menampilkan ramai selebriti popular tanah air.

Menerusi iklan ini juga kata Shanti, TM ingin menunjukkan peranannya sebagai penggerak teknologi dengan memperkasakan rakyat Malaysia untuk menggunakan teknologi untuk mencipta karya seni.

"Aidilfitri tahun ini kami dalam misi untuk memelihara dan memodenkan warisan yang jarang diketengahkan iaitu berkongsi kata-kata hikmah daripada generasi terdahulu melalui seni kufi yang indah.

"Menerusi video ini, kami paparkan kisah Iqbal dan bagaimana dia memodenkan kata-kata hikmah dalam tulisan jawi melalui seni kufi moden.

"Dalam kita bergerak maju sebagai sebuah negara, asal usul tidak boleh dilupakan. Bahasa, seni, budaya dan setiap perkara kecil ini yang membentuk diri kita," katanya.

Melalui iklan ini kata Shanti, TM berharap dapat membawa pandangan baharu kepada budaya dan menjadikannya relevan semula.

WhatsApp Image 2022-06-10 at 4.47.36 PM

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh.

Sementara itu, Gaya Raya Luar Biasa dari pula Watsons pula membuatkan sambutan Aidilfitri ke tahap lebih tinggi dan paling menarik ia menampilkan ramai selebriti terkenal seperti Ayda Jebat, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan, DOLLA, Jinnyboy dan Nithyaa RV.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh pula memberitahu iklan itu dihasilkan dengan berinspirasikan dambaan rasa optimis rakyat Malaysia menyambut hari raya selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

Watsons, kata Loh, membawa penonton merasai gaya futuristrik luar biasa yang dipenuhi dengan keseronokan dalam menaikkan semangat semua orang dalam meraikan lebaran dengan keunikan dan gaya tersendiri.

"Apa yang ingin kami sampaikan adalah semua orang perlu percaya kepada diri mereka sendiri dan mereka adalah insan luar biasa tidak kira siapa dan di mana mereka berada.

"Kita juga perlu berpegang teguh pada diri sendiri tidak kira sejauh mana kita telah melangkah," katanya.

Clipboard01

Kempen ini mendapat undian hampir 23,000 manakala lebih 1,500 penyertaan telah diterima.

Sejak undian dibuka pada 25 April hingga 20 Mei lalu, sebanyak 48 buah video bertemakan hari raya disenaraikan untuk rakyat Malaysia membuat undian dan memilih video manakah paling disukai.

Kempen undian ini nyata mendapat sambutan luar biasa apabila berjaya mendapat hampir 23,000 undian manakala lebih 1,500 penyertaan telah diterima pihak penganjur.

Seramai 10 peserta yang memberikan jawapan kepada soalan 'Apa membuatkan Hari Raya istimewa buat anda tahun ini?' yang paling kreatif dan menyentuh hati bakal menerima cenderamata eksklusif yang boleh dipilih di antara smartwatch, e-voucher bernilai RM200, power bank atau AirPods.

Antara jawapan kreatif peserta yang berjaya menambat hati juri adalah - "Saya berbangsa Cina dan pernah dijemput menghadiri rumah terbuka oleh salah seorang rakan Muslim pada hari raya kedua.

"Sudah dua tahun dia tidak mengadakan rumah terbuka disebabkan pandemik dan semua rakan-rakan yang pulang dari negeri lain turut sertai sama.

"Bagi meraikan majlis itu saya turut membeli baju Melayu yang baru. Semua orang cukup seronok dapat berjumpa, menikmati makanan yang enak, makan kuih raya sambil bermain permainan kad dan berbual-bual. Ia adalah kenangan raya terindah buat kami."

Pihak SMG merakamkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan sokongan padu yang telah diberikan. Nantikan satu lagi kempen undian sempena Hari Merdeka yang bakal diadakan pada Ogos ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu