suria

Bukan hanya sebagai bahan makanan, rupanya mentega banyak kegunaan!

Mentega mempunyai pelbagai kegunaan selain sebagai bahan makanan.

MENTEGA bukan sahaja enak disapu pada roti ketika sarapan tetapi juga sering digunakan sebagai bahan utama untuk membuat roti atau kek selain pengganti minyak untuk menumis ketika memasak.

Tetapi tahukah anda bahawa mentega juga mempunyai pelbagai kegunaan selain untuk memasak? Berikut adalah beberapa kegunaan lain mentega yang mungkin tidak anda ketahui.

1. Menjaga kesegaran keju

Keju memang boleh bertahan lama namun ia juga mudah menjadi keras dan berkulat sekiranya dibiarkan. Untuk mengatasinya, sapu mentega pada permukaan keju bagi menjaga kesegaran dan mengelakkan ia berkulat.

Setiap kali memotong keju, sapu bahagian yang dipotong dengan mentega sebelum menyimpannya di dalam peti ais.

614bf13255aee

2. Membersihkan kotoran pada patung

Kanak-kanak memang gemar bermain dengan anak patung dan mencontengnya dengan pen atau pensil sehingga membuatkan ia kotor.

Tapi jangan bimbang, mentega mampu menyelesaikan masalah itu dengan menyapu sedikit ke bahagian kotoran. Biarkan selama beberapa hari di bawah sinaran matahari dan bilas dengan air sabun sehingga bersih.

3. Memotong makanan berlekit

Memotong makanan berlekit seperti lemang, nasi impit memang merenyahkan selain meninggalkan kotoran pada pisau. Bagi menghindari perkara itu, sapu sedikit mentega pada pisau bagi menjadikan permukaannya licin dan memudahkan anda memotong makanan yang melekit. Mentega akan bertindak sebagai pelincir.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbeliak mata tengok kecanggihan ibu pejabat Lego, siap ada padang futsal dan padang golf!

624bf65174172

4. Elak air mendidih melimpah

Biasanya ketika merebus sayur atau daging, air yang mendidih akan melimpah keluar dari periuk. Bagi mengatasinya, tambahkan setengah sudu makan mentega atau menyapunya di bahagian tepi periuk sebelum diisi dengan air.

Mentega akan bertindak sebagai agen pengelak air daripada melimpah apabila ia mendidih.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

mentega, kegunaan lain mentega, iSuke

Artikel Berkaitan

Artikel Lain