suria

Kecil tetapi ‘power’, hanya ada 10 Phantom II Deep Blue di pasaran Malaysia!

Hanya 10 unit Phantom II Deep Blue dijual di Malaysia.

DEVIALET memperkenalkan Phantom II Deep Blue, koleksi eksklusif kedua pembesar suara aktif ultra-kompak yang menghasilkan bunyi berkuasa dan berkualiti tinggi (hi-fi).

Menariknya, jenama itu hanya mengeluarkan 1,000 unit pembesar suara ikonik itu dengan 98dB dalam pilihan warna Deep Blue (biru gelap) di seluruh dunia dengan 10 unit dijual secara eksklusif di Malaysia.

Pembesar suara ultra-kompak ini direka khas untuk menggambarkan kedalaman bunyi bass dan kekuasaan gelombang bunyi yang dapat dihasilkan.

Kecil namun berkuasa, Phantom II Deep Blue merangkumi misi Devialet untuk meningkatkan kualiti bunyi bagi nikmat orang ramai dengan menyampaikan bunyi pada kuasa puncak 900W yang belum pernah lagi dihasilkan sebelum ini dengan peranti yang cukup kecil dan boleh dipegang menggunakan sebelah tangan.

sans-titre-2-640x426

Kedalaman bunyi bass dan kekuasaan gelombang bunyi Phantom II Deep Blue tiada tandingan.

Dengan hanya 1,000 unit tersedia di seluruh dunia, Phantom II Deep Blue ialah tambahan terbaharu dan paling eksklusif kepada keluarga Phantom yang ikonik.

Untuk meraikan pelancaran produk ini, Devialet juga bekerjasama dengan artis terkenal Luigi Tozzi untuk mencipta lagu dan senarai lagu khusus bagi mempamerkan kualiti bunyi Phantom II Deep Blue yang jelas tiada tandingan.

Dengan gabungan hipnotik tekno, produser berbangsa Itali ini membawa para pendengar ke dalam lautan bunyi tulen dan bass yang mengasyikkan untuk menyampaikan pengalaman yang benar-benar luar biasa.

Peminat juga sudah boleh mendengar gubahan khas Luigi Tozzi di semua platform penstriman utama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu viral dulu, PPIM sedia ruang aduan guna aplikasi... Terus hantar bukti video dan foto

Dengan harga RM7,490, Phantom II Deep Blue akan tersedia untuk dibeli di seluruh dunia dengan pengedaran yang terhad. Di Malaysia, 10 unit yang tersedia boleh didapati hanya di Atlas Sound & Vision, The Gardens Mall dan di laman web mereka.

Apa yang membuatkan pembesar suara ini tiada tandingan?

PII-Deep-Blue-98db-Packshot-62480

Nikmati pengalaman audio yang luar biasa melalui AirPlay 2, Bluetooth, Spotify Connect, Roon Ready, atau bicu audio (analog atau digital).

1. Devialet Phantom II adalah salah satu pembesar suara ultra-kompak yang paling berkuasa di pasaran, mencerminkan komitmen Devialet untuk mencapai kemajuan tertinggi dalam dunia teknologi audio.

2. Menampilkan pelbagai teknologi proprietari, Phantom II mampu menghasilkan bunyi sekuat orkestra simfoni, daripada infra-bass pada 18Hz kepada bunyi treble pada 21Khz.

3. Reka bentuk sfera Phantom II bertujuan untuk menghasilkan prestasi akustik yang optimum: ciri woofer yang tersedia memastikan herotan dan ketepuan sifar dan menghasilkan bunyi yang bebas hingar latar untuk pengalaman bunyi yang terbaik.

4. Dengan Phantom II Deep Blue, anda boleh menikmati pengalaman audio yang luar biasa melalui AirPlay 2, Bluetooth, Spotify Connect, Roon Ready, atau bicu audio (analog atau digital).

Menggabungkan teknologi canggih dengan reka bentuk yang ikonik, Phantom II Deep Blue pasti menjadi item paling eksklusif yang digemari oleh pengumpul pada musim ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain