suria

Amal 3 tip dikongsi mentor kewangan, lelaki ini berjaya langsaikan hutang rumah pertama 12 tahun saja

Faizal berkongsi tip melangsaikan hutang rumah pertamanya dalam tempoh 12 tahun.

MEMILIKI sebuah rumah sebagai aset peribadi sememangnya impian setiap individu.

Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan ketika merancang untuk memiliki sebuah rumah, antaranya jenis kediaman, lokasi, keluasan, pelan rekaan dan sebagainya.

Namun begitu, apa yang paling penting dalam perkara ini adalah soal perancangan kewangan iaitu komitmen untuk menyediakan wang pendahuluan serta pelan pembiayaan bulanan.

Bagi sesetangah pembeli, menyediakan wang pendahuluan mungkin tidak menjadi masalah berbanding pembiayaan bulanan.

Ini kerana rata-ratanya terikat dengan komitmen tetap seperti pinjaman pendidikan, kereta, insurans peribadi dan sebagainya sekali gus menjadi beban kepada pembeli, lebih-lebih lagi tempoh pembiayaan bulanan rumah biasanya mengambil masa antara 25 tahun sehingga 30 tahun.

RUMAH

Pembiayaan bulanan rumah biasanya mengambil masa antara 25 tahun sehingga 30 tahun.

Bagaimanapun, seorang perunding hartanah, Faizal Rahmat, berkongsi tip bagaimana dia melangsaikan hutang rumah pertamanya dalam hanya tempoh 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembiayaan 100 peratus, tanpa wang pendahuluan antara 7 sebab kenapa anda perlu milik rumah impian dengan HouzKEY

"Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun. Aku pilih 25 tahun berbanding 30 tahun. Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan, Azizi Ali.

"Ikut cara dia, lima tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try saja. Tak dapat settle lima tahun, 12 tahun pun kira okaylah," kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Berikut merupakan tiga tip yang diamalkan olehnya sehingga berjaya melangsaikan hutang rumah pertamanya lebih awal 13 tahun:

1) Bayar lebih bulanan

Setiap bulan, peruntukkan sekitar RM100 hingga RM150 wang 'extra' kepada bank. Tapi jika tidak mempunyai lebihan, hanya bayar mengikut jumlah yang ditetapkan bank. Jangan stres!

2) Bayar lebih tahunan

Bagi syarikat yang sering membayar bonus tahunan, gunakan duit bonus tersebut untuk membayar 'extra' bulanan kepada bank. Tempoh normal untuk bayaran tahunan adalah 12 bulan, tapi jika mampu, lebihkan bayaran sehingga 13 hingga 14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!

3) Bayar guna KWSP

Tips ni paling banyak membantu. Keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 2 untuk mengurangkan baki pembiayaan. Jika mempunyai masalah dengan pihak bank, sila maklumkan kepada mereka anda mahu membayar 'principal' terus. Barulah kita yang untung!

Pendek kata, bebas utang, hati pun tenang!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain