suria

Pembiayaan 100 peratus, tanpa wang pendahuluan antara 7 sebab kenapa anda perlu milik rumah impian dengan HouzKEY

Impian memiliki rumah sendiri boleh menjadi kenyataan dengan Maybank Islamic HouzKEY.

KEBIASAANNYA apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda apabila merancang untuk memiliki sebuah rumah?

Barangkali ada antara kita berasa teruja untuk mencipta memori baharu bersama keluarga selain sibuk membuat lakaran dan persiapan menghias kediaman yang bakal diduduki.

ARTIKEL BERKAITAN: UMS memahami dan melindungi lautan, bakal jadi pusat penyelidikan Sains Marin dan Akuakultur terkemuka dunia menerusi IPMB

Namun ada pula yang mungkin berfikir tentang penyediaan pembayaran wang pendahuluan serta pelan pembiayaan bulanan.

Perkara ini boleh menjadi dilema terutamanya bagi mereka yang pertama kali membeli rumah atau ingin meningkatkan taraf kediaman dengan kediaman kedua.

Menyediakan wang pendahuluan mungkin tidak menjadi masalah tetapi dengan peningkatan apresiasi pasaran rumah tempatan termasuk tanggungjawab kewangan tetap seperti pinjaman pendidikan, kereta dan sewa rumah boleh menjadi beban kepada pembeli terutama dalam golongan belia.

Alangkah bagus sekiranya pembeli dapat melangkau proses pembayaran pendahuluan, mencari kediaman impian serta mendapat pembiayaan 100 peratus menerusi satu platform.

Atas sebab itu, Maybank Islamic HouzKEY berhasrat merealisasikan perkara itu sekali gus menjalankan tanggungjawabnya dalam meningkatkan agenda perumahan nasional.

Tidak kira bagi golongan pekerja muda atau pasangan baharu berkahwin yang ingin mencari kediaman pertama, HouzKEY mungkin boleh menawarkan sesuatu untuk anda.

MBB_1200x628_ENG

Miliki kediaman impian dengan bayaran bulanan RM1,000.

Jalan memiliki kediaman impian anda!

Membuka jalan untuk pemilikan rumah pertama dan kedua yang lebih mudah diakses, penyelesaian pembiayaan HouzKEY turut menawarkan pembayaran bulanan terendah ke atas pembiayaan rumah 100 peratus.

Selain itu, ia juga tersedia untuk hartanah yang ditawarkan oleh pemaju tersohor termasuk projek yang baru dilancarkan, sedang dalam pembinaan ataupun yang telah siap dan sedia didiami.

HouzKEY terbuka untuk semua warganegara Malaysia berusia 18-70 tahun ketika permohonan dan tidak mempunyai lebih daripada satu pembiayaan perumahan semasa membuat permohonan.

Bagaimana HouzKEY memberi manfaat kepada anda

1. Hingga tiga penjamin

Sekiranya anda baru sahaja memulakan karier dan menyimpan wang, pelan ini membolehkan anda memasukkan sehingga tiga penjamin untuk penilaian gabungan bagi meningkatkan kadar kejayaan permohonan anda.

enjamin boleh dalam kalangan keluarga terdekat termasuk suami isteri, ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak anda.

2. Pembiayaan 100 peratus

Di bawah skim ini, pemohon akan mendapat pembiayaan penuh semasa menandatangani perjanjian tanpa perlu mengeluarkan sebarang wang pendahuluan.

Bagaimanapun pemohon perlu memberikan deposit tiga bulan yang dianggarkan sekitar satu peratus daripada harga hartanah yang dapat dikembalikan.

MBB_1200x628_ENG

3. Bayaran bulanan rendah

Sejajar dengan tujuan menjadikan rumah pertama dan kedua mampu milik, Maybank Islamic HouzKEY akan memberikan pemohon pelan pembayaran bulanan terendah dengan harga pembiayaan yang hebat!

4. Lebih banyak penjimatan dengan HouzKEY

Skim ini menjadikan kos masuk lebih rendah yang mungkin menarik dan menjadi pendorong kepada pemohon dalam golongan belia atau pemilik rumah untuk meninjau-ninjau dalam pasaran hartanah.

Selain itu, pembayaran bulanan dan jumlah pembayaran selama lima tahun juga dikatakan lebih rendah. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan di antara HouzKEY dan gadai janji berdasarkan hartanah bernilai RM500,000 yang sedang dalam pembinaan.

XX

5. Tiada pembayaran ketika pembinaan

Sekiranya anda menemui kediaman impian anda yang masih dalam proses pembinaan, jangan bimbang! Tidak akan ada sebarang pembayaran sepanjang tempoh pembinaan kerana pihak bank akan membantu membiayai kos tersebut.

6. Ganjaran Kempen Pemilikan Rumah

Sebagai ganjaran, pemohon juga akan dapat menikmati pengecualian duti setem daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh kerajaan untuk Memorandum Pindahan dan perjanjian pembiayaan untuk projek yang layak.

Dapatkan juga diskaun 10 peratus untuk hartanah dalam pasaran utama yang mungkin menjadi rumah impian anda.

7. Semuanya di hujung jari!

Hari ini semuanya boleh dilakukan di hujung jari dan Maybank turut memaklumkan proses permohonan HouzKEY juga dibuat secara digital.

Pemohon boleh melayari projek-projek yang terlibat melalui platformnya, mengunjungi galeri jualan secara maya di laman web pemaju dan menyerahkan dokumen untuk diproses dan dinilai dalam talian. Paling penting, semuanya boleh dibuat di keselesaan rumah anda sendiri.

Berminat untuk memiliki kediaman impian anda? Layari Maybank2own untuk maklumat lanjut mengenai hartanah termasuk pelancaran baharu, sedang dalam proses pembinaan dan sedia diduduki.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain