suria

Akan datang... Apple bangunkan teknologi bolehkan iPhone kesan pengguna alami kemurungan

Apple menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk UCLA dan Biogen bagi membangunkan teknologi berkenaan.

APPLE dilaporkan sedang membangunkan satu teknologi yang membolehkan iPhone mengetahui apabila pemiliknya sedang berasa murung atau resah.

Menurut Wall Street Journal, teknologi itu membolehkan iPhone mendiagnosis penurunan kognitif dan tanda-tanda kemurungan berdasarkan tabiat penggunaan iPhone secara harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hamil antara 37 emoji baharu yang bakal muncul di handphone anda tak lama lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Apple turunkan harga iPhone 12, mungkin ini masa terbaik miliki telefon baharu

Setelah mengumpulkan cukup maklumat tentang pengguna, data akan dimasukkan ke dalam satu algoritma yang akan membolehkan pemilik iPhone didiagnosis.



Teknologi itu akan memantau tabiat harian pengguna untuk melihat tanda-tanda kemurungan atau keresahan.

Ia berdasarkan ekspresi wajah pengguna, cara percakapan dan cara menaip, bagaimana mereka berjalan, tabiat tidur dan banyak lagi.

Apple bagaimanapun berkata ia tetap akan menjaga privasi pengguna dan tidak akan memantau perkara yang tidak sepatutnya mereka perhatikan.

Semua analisis itu akan berlaku di dalam telefon pengguna masing-masing dan tidak akan diserahkan kepada Apple, sesuai dengan komitmen syarikat itu terhadap privasi pengguna.

Apple sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk University of California, Los Angeles (UCLA) dan syarikat bioteknologi, Biogen bagi membangunkan teknologi tersebut.

Walaupun masih di peringkat awal, laporan mengatakan bahawa Apple begitu optimis dengan teknologi tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain