suria

Jangan hairan kenapa tikus berkeliaran dalam rumah! Puncanya mungkin dari bekas makanan haiwan peliharaan anda

Tikus tertarik kepada makanan kucing dan anjing kerana ia mempunyai bijirin dan nutrien lain yang diperlukan olehnya.

TANPA kita sedari, banyak perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian menyebabkan kawasan rumah menjadi kotor dan menyebabkan kehadiran haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Menurut seorang doktor haiwan, Pedro M. Aponte, tabiat tidak membersihkan bekas makanan haiwan peliharaan setiap hari dapat menarik perhatian tikus ke dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bela sambil belajar! Ini 4 haiwan yang sesuai jadi peneman anak anda ketika bosan berkurung di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Kajian menunjukkan wanita lebih tertarik dengan lelaki bela kucing! Ketahui 6 manfaat lain memelihara si bulus

Jelasnya, tikus tertarik kepada makanan kucing dan anjing kerana ia mempunyai bijirin dan nutrien lain yang diperlukan olehnya.

"Membiarkan makanan haiwan peliharaan di dalam mangkuk semalaman akan menarik perhatian tikus, kerana mereka adalah binatang yang aktif pada waktu malam.

water-flow-2464417_1920

Bekas makanan haiwan peliharaan harus dicuci setiap malam sebelum tidur.

“Tikus mempunyai deria bau yang sangat kuat yang dapat membantu mereka menghidu makanan haiwan kesayangan anda di waktu malam,” katanya.

Aponte berkata, tikus juga mempunyai penglihatan yang cukup baik pada waktu malam untuk meneroka rumah anda.

Tambahnya, pemilik kucing dan anjing tidak perlu membersihkan bekas makanan haiwan peliharaan mereka setiap kali selepas waktu makan, tetapi hanya perlu melakukan sedemikian pada waktu malam sebelum tidur.

Jelasnya, tikus lebih cenderung untuk mencari makanan pada waktu malam untuk mengelak daripada terserempak dengan manusia dan haiwan peliharaan yang berada di rumah.

Dia juga menasihati pemilik haiwan peliharaan supaya menyimpan makanan di dalam bekas tebal dan tertutup rapat yang tidak boleh dihancurkan oleh tikus.

"Bekas plastik atau kotak yang nipis akan digigit dan dihancurkan oleh tikus yang kelaparan tanpa ragu-ragu dengan mudah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

cuci, bekas makanan, haiwan peliharaan,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain