suria

Apple turunkan harga iPhone 12, mungkin ini masa terbaik miliki telefon baharu

Harga iPhone 12 diturunkan berikutan Apple bakal melancarkan iPhone 13 pada Oktober.

HARGA model iPhone 12 di Malaysia telah dikurangkan berikutan pelancaran rangkaian terbaharu Apple - iPhone 13.

Semakan menerusi laman web Apple Malaysia mendapati iPhone 12 mini dengan paparan 5.4 inci kini berharga RM2,899 (64GB), RM3,099 (128GB) dan RM3,599 (256GB).

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ‘peram’ aplikasi jika tak digunakan, batalkan langganan mampu jimat belanja bulanan

ARTIKEL BERKAITAN : Bakal jadi kegilaan gamers... Siri Hot 10S peranti permainan dan hiburan paling padu!

Ketika model itu dilancarkan tahun lalu, ia dijual pada harga RM3,399 (64GB), RM3,599 (128GB) dan RM4,099 (256GB).

Sementara itu, iPhone 12 dengan paparan 6.1 inci pula kini dijual pada harga RM3,399 (64GB), RM3,599 (128GB) and RM4,099 (256GB).

The iPhone 11 which was released in 2019 is now RM1,000 cheaper after the release of the latest iPhone 13. — AFP

Harga iphone 11 juga lebih murah ketika ini.

Sebelum ini ia dijual pada harga RM3,899 (64GB), RM4,099 (128GB) dan RM4,599 (256GB).

iPhone 12 dan iPhone 12 mini didatangkan dengan dua kamera belakang sementraa dua model lain - Pro 6.1 inci dan Pro Max dengan paparan skrin 6.7 inci tidak lagi disenaraikan dalam laman web itu.

Apple melancarkan iPhone 13 dalam empat pilihan - mini dengan paparan 5.4 inci bermula dari RM3,399; iPhone 13 dengan paparan 6.1 inci dari RM3,899; Pro dengan paparan 6.1 inci dari RM4,899 dan Pro Max dengan paparan 6.7 inci dari RM5,299.

Model termahal adalah iPhone 13 Pro Max dengan storan 1TB berharga RM7,599.

IPhone 13 dan iPhone 13 mini dilengkapi dengan dua kamera belakang sementara model Pro mempunyai tiga kamera belakang. Semua model dikuasakan oleh cip bionik A15 terkini.

Apple mengumumkan pra-pesanan akan bermula pada 1 Oktober dan dijangka berada di pasaran bermula dari 8 Oktober.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain