suria

Bakal jadi kegilaan gamers... Siri Hot 10S peranti permainan dan hiburan paling padu!

Siri ini boleh didapati dalam dua versi iaitu 4GB 64 GB dan 4GB 128 GB, masing-masing berharga RM499 dan RM549

BAGI mereka yang sedang mencari peranti pintar berkualiti tinggi pada harga berpatutan, Siri Hot 10S oleh Infinix patut menjadi pilihan utama anda!

Siri Hot 10S yang baru dilancarkan pada bulan ini menetapkan standard baharu untuk kuasa, inovasi dan gaya yang mana ia merupakan peranti paling sempurna untuk dimiliki kita semua.

Dengan lebih daripada 2.7 bilion pemain permainan mudah alih dijangka menjelang 2023, telefon pintar Hot 10S dilengkapi dengan chipset MediaTek Helio G85 untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengalaman permainan yang dipertingkatkan.

Berikut merupakan beberapa ciri utama yang menjadi tarikan bagi peranti ini:

1. Chipset MediaTek Helio G85: Chipset ini memberi prestasi yang kuat sambil memaksimumkan hayat bateri untuk pengalaman permainan yang unggul. Memanfaatkan teknologi pengurusan tenaga dinamik yang inovatif, penyambungan yang dikuasakan oleh Helio G85 MediaTek membawa masa tindak balas singkat dan frame rate yang lebih cepat. Sekaligus memberi sambungan yang konsisten, stabil dan boleh mengurangkan masa lagging dengan ketara.

12

Hot 10S datang dengan kamera belakang HD 48MP, kamera AI dan kamera depth 2MP dengan Flash belakang.

2. Paparan Buttery-Smooth: Mempunyai paparan canggih HD+ 6.82" dengan kadar segar semula 90Hz, pengguna mendapat pengalaman tontonan yang lancar apabila menonton kesan visual CGI terkini. Kadar sentuhan sampel 180Hz menyampaikan responsif yang optimum, dan pengecaman wajah intuitif untuk peranti yang lebih cepat, selamat, dan lebih mudah diguna.

3. Bateri 6000mAh: Bateri yang mengagumkan ini menawarkan 76 jam masa panggilan dengan satu cas. Dipertingkatkan oleh teknologi Power Marathon penjimatan kuasa yang menyediakan kuasa tambahan 25 peratus sebaik sahaja bateri turun kepada 5 peratus, pemain tidak perlu lagi memikirkan tentang penutupan sebab bateri semasa bermain, atau notifikasi bateri rendah semasa panggilan video.

4. Tiga kamera HD 48MP dilengkapi AI: Buat pertama kalinya dalam portfolio HOT, Hot 10S datang dengan kamera belakang HD 48MP, kamera AI dan kamera depth 2MP dengan Flash belakang. Ciri Super Nightscape yang baharu membolehkan pengguna mengambil gambar yang mengagumkan dalam senario gelap/cahaya rendah manakala rakaman video resolusi 2K merakam video true-to-life yang sebenar.

INFINIX HOT10S

Hot 10S juga mempunyai kamera HD belakang 48MP yang membolehkan pengguna mengambil imej dan video yang mengagumkan pada siang dan malam.

5. Perisian Maju: Teknologi pemprosesan Audio DTS membantu meningkatkan kesan bunyi semasa permainan. Pengguna boleh menyesuaikan kesan bunyi untuk pengalaman kualiti bunyi yang lebih baik dalam permainan, muzik dan filem. Infinix XO7.6 adalah berdasarkan Android 11 dengan antara muka yang segar dan lebih bijak daripada pendahulunya.

6. Dar-link Ultimate Game Booster: Hot 10S menggabungkan perisian enjin pengoptimum Infinix, Dar-link Ultimate Game Booster, yang berfungsi dengan perkakasan peranti ini untuk meningkatkan kestabilan imej grafik dan sensitiviti skrin.

7. Reka Bentuk Yang Dinaik Taraf: Hot 10S mengguna pakai perintis Laser Micron Lithography Technology untuk memberi penampilan kilauan yang indah hasil inspirasi daripada Salar de Uyuni di Bolivia. Dengan smooth-edges dan kamera selfie bawah paparan, Hot 10S adalah peranti permainan dan hiburan yang paling didambakan setakat ini.

8. Privasi Pengguna yang Terjamin: Dengan perlindungan data pengguna dan privasi sebagai keutamaan, dua sistem utama telah dilengkapkan ke dalam Hot 10S. X-Proof menjamin skrin dari belakang supaya skrin pengguna tidak diganggu semasa di khalayak ramai, di samping itu, semua data pengguna pada peranti kekal pada peranti dan tidak dimuat naik ke awan. Dalam era di mana privasi lebih meluas berbanding sebelum ini, Infinix telah mengambil langkah tambahan untuk menjaminkannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

9. HyperEngine MediaTek menggabungkan pelbagai teknologi untuk meningkatkan pengalaman permainan secara keseluruhan dengan prestasi yang berterusan untuk tempoh yang lebih lama. Dengan ciri ini, pemain boleh mengharapkan prestasi yang lebih utoma dalam enjin permainan, utomat-sama dengan pengurusan dinamik pintar CPU.

10. Sokongan SIM Dwi 4G menyediakan kualiti panggilan suara dan video yang luar biasa melalui perkhidmatan VoLTE/ ViLTE.

11. Chipset ini juga menampilkan keupayaan bangun dengan menggunakan suara yang dibina ke dalam (VoW) yang meminimumkan kuasa aplikasi dalam OS Android, seperti Google Assistant.

13. Hot 10S juga mempunyai kamera HD belakang 48MP yang membolehkan pengguna mengambil imej dan video yang mengagumkan pada siang dan malam. Rakaman perlahan 240FPS juga membantu pengguna menangkap pergerakan yang utoma untuk rakaman aksi yang sempurna.

16

Hot 10S adalah peranti permainan dan hiburan yang paling didambakan setakat ini.

13. Untuk memberi pengguna dengan pengalaman permainan tanpa henti, Hot 10S dilengkapi dengan kapasiti bateri 6000mAh. Berdasarkan ujian dari makmal data Infinix, Hot 10S mampu bertahan selama 62 hari, 182 jam main muzik, 17.3 jam permainan berterusan atau 76 jam panggilan pada cas yang penuh.

14. Teknologi Safe-Charge yang tersedia memastikan kuasa dimatikan secara utomatic sebaik sahaja peranti dicas sepenuhnya untuk mengelakkan terlalu panas dan membazirkan tenaga, manakala teknologi Power Marathon menyumbang kuasa tambahan 25% apabila bateri rendah – memberikan 3.5 jam masa panggilan tambahan untuk pengguna

Siri Hot 10S telah dilancarkan secara eksklusif di Shopee yang mana ia dijual bermula 13 Julai 2021. Siri ini boleh didapati dalam dua versi iaitu 4GB + 64 GB dan 4GB + 128 GB, masing-masing berharga RM499 dan RM549 dengan versi standard datang dalam dua warn iaitu 95° Hitam dan Morandi Green.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri Hot 10S, layari laman web Infinix Malaysia, laman Facebook, laman Instagram dan Kedai Rasmi Shopee.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain