suria

Kucing mengeliat, regangkan tubuh selepas bangun tidur... apa yang nak disampaikan kepada tuannya?

Kucing meregangkan badan setiap kali bangun tidur atau duduk dalam tempoh yang lama.

SETIAP kali bangun daripada tidur atau duduk dalam posisi tertentu, kucing akan meregangkan badannya sebelum berjalan seperti biasa.

Sebenarnya perbuatannya itu bukan sekadar mengeliat tetapi regangan itu dilakukan untuk meningkatkan kembali aliran darah dalam tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik monyok... Ketahui kenapa tiba-tiba kucing jadi pendiam!

Doktor veterinar, Dr Andrew Cuff menjelaskan kucing biasanya akan tidur dua kali lebih banyak berbanding manusia iaitu sekitar 12 ke 16 jam sehari.

Ketika tidur, otak melumpuhkan otot-ototnya bagi membolehkan ia berada dalam keadaan tenang dan selesa.

My-Cat-Is-Seriously-Twisted.-He-Always-Gets-So-Bent-Out-Of-Shape-For-No-Reason.

Meregangkan tubuh dapat melancarkan aliran darah dan otot kucing.

Si bulus akan melakukan regangan untuk membuatkan otot bergerak dan darahnya kembali mengalir selepas tidak aktif ketika tidur ataupun duduk dalam posisi tertentu dalam tempoh yang lama.

Regangan itu membantu mengembalikan dan meningkatkan tekanan darah kucing pada kitaran normal. Seperti manusia, peningkatan darah ini membantu kucing untuk bangun dan berjalan seperti biasa.

Tidak hanya itu, regangan boleh membawa maksud lain, termasuklah;

1. Menunjukkan kasih sayang

Ketika kucing meregangkan tubuhnya terutamanya dalam keadaan terlentang, ia bermaksud kucing berasa tenang dan selesa berada dekat dengan pemiliknya.

Ten-Cats-Stretching-That-Look-Like-They-Are-Made-From-Elastic

2. Bersedia untuk menyerang musuh!

Ketika kucing melakukan regangan, ototnya akan membesar dan ini turut membuatkannya lebih bersedia ketika melawan musuh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam dunia liar, kucing akan meregangkan tubuhnya untuk menghalau musuh dan mempertahankan kawasannya.

3. Senaman

Meregangkan badan adalah salah satu bentuk kucing melakukan senaman seperti meningkatkan langkau gerakan tubuh, melancarkan aliran oksigen, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan sebagainya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain