suria

Tak perlu cuci, 5 bahan ini boleh hilangkan bau busuk kasut anda!

Kasut berbau boleh dihilangkan dengan beberapa langkah ringkas.

KASUT berbau busuk adalah perkara biasa apatah lagi jika ia dipakai setiap hari namun keadaan boleh bertambah buruk sekiranya kasut digunakan tidak pernah dicuci.

Bukan sahaja kasut tetapi kaki si pemakai juga boleh berbau busuk dan boleh membuatkan orang di sekeliling berasa terganggu.

ARTIKEL BERKAITAN : Jangan ‘peram’ aplikasi jika tak digunakan, batalkan langganan mampu jimat belanja bulanan

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tidur atas sarang kuman, ketahui berapa kerap anda perlu tukar cadar, sarung bantal

Apabila ditegur sudah pasti ia boleh menjatuhkan air muka.

Sebenarnya, kalau malas sangat hendak mencuci kasut, terdapat cara lain untuk menghilangkan bau busuk kasut. Berikut adalah cara-caranya.

Kasut Berbau

Kasut yang kotor boleh menyebabkan bau kurang menyenangkan.

Bahan yang diperlukan;

1. Baking soda

2. Minyak lavender

3. Kain kecil atau stokin saiz kanak-kanak

4. Tali atau getah

Cara menghilangkan bau busuk kasut;

1. Tuangkan baking soda ke dalam kasut sehingga menutupi semua permukaan di dalamnya.

2. Kemudian goncangkan kasut dengan perlahan agar serbuk itu rata dan biarkan semalaman.

3. Selepas 24 jam, keluarkan baking soda daripada kasut. Bau busuk akan hilang kerana ia diserap oleh baking soda.

Cara menjaga kasut agar sentiasa berbau harum;

1. Campurkan baking soda dan minyak lavender atau haruman kegemaran anda ke dalam kain kecil atau stokin saiz kanak-kanak.

2. Setelah itu, ikat dengan tali atau getah dan masukkan ia ke dalam kasut. Lakukan langkah itu setiap dua atau tiga hari sekali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain