suria

Hanya guna 2 bahan ini untuk mudah tanggal wallpaper, tak rosakkan cat dinding

Seorang pengguna TikTok berkongsi cara mudah untuk menanggalkan kertas dinding tanpa merosakkan cat.

KERTAS hiasan dinding atau 'wallpaper' berperanan menaikkan seri hiasan dalaman dengan pelbagai corak dan warnanya yang menarik.

Namun apabila terlalu lama kita menghadap 'pemandangan' yang sama, timbul pula perasaan jemu

Mulalah terfikir mahu menghias dinding dengan gaya baharu.

Namun terpaksa pula memperuntukkan sedikit kos bagi mengupah tukang untuk menanggalkannya.

wallpaper 2

Cara menanggalkan kertas dinding yang salah akan menyebabkan cat rosak. Gambar hiasan

Untuk menanggalkan sendiri, bimbang pula cat dinding akan rosak. Lantas hasrat untuk menanggalkan wallpaper terkubur begitu sahaja.

Usah bimbang, masalah tersebut rupa-rupanya dapat diselesaikan dengan mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini cara mudah buat racun organik guna nasi, air beras... lebih selamat, pokok pun subur

Seorang pengguna TikTok @shah_gegar berkongsi cara yang mudah untuk menanggalkan sendiri wallpaper.

Apa yang anda perlukan hanyalah empat barangan iaitu:

– Pelembut fabrik (Softlan)

– Air panas

– Botol spray

– Pengikis (scrapper)

wallpaper 3

Kertas dinding menjadi salah satu elemen bagi menaikkan seri sesuatu ruang. Gambar hiasan

Cara-caranya:

1. Masukkan air panas ke dalam botol spray.

2. Tuangkan sedikit Softlan.

3. Campurkan dengan air paip.

4. Tanggalkan lapisan pertama wallpaper.

5. Sembur wallpaper dengan campuran dalam botol spray. Biarkan kembang seketika.

6. Gunakan scraper untuk tanggalkan wallpaper.

Ternyata memang mudah dan pastinya menjimatkan. Selamat mencuba.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain