suria

Banyak koleksi, tapi cepat rosak! Cuba 4 tip ini untuk rempah ratus tahan lama, kekal aroma

Rempah ratus akan tahan lebih lama sekiranya disimpan dengan betul.

REMPAH ratus adalah antara bahan penting yang wajib ada di dapur.

Tidak sekadar menaikkan aroma dan membantu melazatkan masakan, rempah ratus juga berfungsi sebagai penawar untuk sesetengah penyakit dan pelbagai tujuan lain.

Namun begitu, tidak ramai yang mengambil berat soal penyimpanan rempah ratus dengan betul agar ia tahan lama dan kekal wangi.

Rempas ratus seperti bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih boleh disimpan sehingga setahun kerana tidak mudah rosak.

Pun begitu lama-kelamaan aroma rempahnya akan hilang dan kurang menyengat sekiranya tidak disimpan dengan betul.

rempah 2

Gunakan bekas kedap udara untuk menyimpan rempah ratus.

Manakala rempah berserbuk seperti paprika, serbuk cili, serbuk jintan manis dan sebagainya lazimnya bertahan setakat hanya enam bulan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik... Ibu bapa ada anak OKU boleh mohon road tax free! Jom semak cara-caranya

Ikuti tip ini jika anda mahu rempah ratus tetap wangi dan tahan lebih lama sehingga berbulan-bulan lamanya.

1) Simpan di tempat yang dingin dan kering. Jika disimpan di tempat lembab, terdedah dengan cahaya matahari dan cuaca yang panas, ia hanya akan mempercepatkan kerosakan aroma rempah.

2) Gunakan bekas kedap udara untuk menyimpan rempah ratus.

3) Simpan di dalam peti ais supaya kekal segar.

4) Untuk mengembalikan aroma asli rempah yang sudah dibeli lama pula, hanya sangai tanpa minyak di atas api selama tiga minit, sebelum menggunakannya untuk masakan.

Bagi anda yang mempunyai koleksi pelbagai jenis rempah ratus, cuba amalkan cara ini.

Bukan saja untuk memastikannya kekal wangi dan tahan lama, tetapi juga menjimatkan kos.

Tak perlulah asyik berulang beli setiap kali aromanya hilang. Mudah bukan? Selamat mencuba!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain