suria

Peluang melancong percuma! Hantar barang boleh menang hadiah… Ayuh sertai Ganjaran Merdeka Lalamove, senang je

Nikmati keindahan pantai apabila anda menginap di Anantara Desaru Coast Resort & Villas.

SEKARANG ini boleh dikatakan setiap hujung minggu lokasi percutian popular di seluruh negara penuh sesak dengan kehadiran pelancong sama ada tempatan mahu pun luar negara.

Rata-rata ingin memanfaatkan peluang yang ada untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan selepas penat bekerja.

Malah alangkah indahnya andai percutian itu ditaja!

Tapi mengapa tidak? Bagi menghargai pengguna setianya, platform penghantaran, Lalamove Malaysia melancarkan kempen Ganjaran Merdeka bermula 8 Ogos sehingga 31 Ogos ini.

Apa yang menarik, Lalamove Malaysia menawarkan hadiah-hadiah bertemakan pelancongan bernilai RM10,000 untuk para pengguna sebagai tanda penghargaan kerana memilih perkhidmatan firma logistik tersebut untuk memenuhi keperluan penghantaran on-demand mereka.

lala pic

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan sempena kempen Ganjaran Merdeka Lalamove.

Sejak 2013, Lalamove menawarkan penyelesaian penghantaran yang inovatif dalam industri logistik, di mana berjuta-juta pengguna memanfaatkan teknologi platform ini untuk berhubung serta membuat penghantaran.

Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan dalam kuantiti atau saiz yang besar, malah pengguna juga boleh menggunakan platform Lalamove untuk menghantar barangan peribadi ataupun hadiah seperti kek, bunga dan lain-lain kepada penerima mereka.

Lalamove menyediakan perkhidmatan penghantaran pelbagai jenis barangan.

Lebih daripada lapan juta pengguna dengan 1,500,000 pemandu van, trak, lori, kereta dan motosikal, Lalamove menyediakan perkhidmatan penghantaran on-demand 24/7!

Selain penghantaran on-demand di Lembah Klang, Lalamove telah meluaskan liputannya ke Pulau Pinang dan Johor pada April 2021 dan Melaka pada April 2022 untuk memenuhi permintaan penghantaran jarak jauh.

lala pic 2

Lalamove mempunyai 1,500,000 pemandu van, trak, lori, kereta dan motosikal yang menyediakan perkhidmatan penghantaran on-demand 24/7.

Tujuh hadiah ditawarkan kepada pengguna yang mengambil bahagian dalam Ganjaran Merdeka dari 8 Ogos 2022 sehingga 31 Ogos 2022 iaitu:

Hadiah utama

Malaysia Airlines MHgiftcard bernilai RM1,500 setiap satu

Hadiah kedua

Percutian 3 hari 2 malam di Anantara Desaru Coast Resort & Villas, Deluxe Sea View Room dengan sarapan untuk dua orang di Restoran Tumeric

Hadiah ketiga

Baucar Klook bernilai RM200 setiap satu

Hadiah keempat hingga ketujuh

Kupon penghantaran Lalamove bernilai lebih dari RM100

Bagaimana cara untuk menyertainya? Mudah saja! Pengguna Lalamove yang ingin mengambil bahagian dalam Ganjaran Merdeka perlu melakukan aktiviti-aktiviti berikut dalam aplikasi Lalamove:

1) Buat dua pesanan penghantaran untuk menerima satu tiket ganjaran

2) Tambah nilai dompet Lalamove untuk menerima satu tiket ganjaran

3) Tambah nilai dompet Lalamove pertama kali untuk menerima satu tiket ganjaran

Hanya tiga langkah sahaja, dan pengguna yang bertuah berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan. Mudah saja, bukan?

Untuk melihat maklumat lanjut mengenai Ganjaran Merdeka Lalamove, sila layari di sini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain