suria

Fakta... Pasangan kurang kacak antara faktor wanita lebih bahagia!

Sesebuah hubungan yang berjaya, kebiasaannya pasangan wanita akan lebih cantik dan menawan daripada pasangan lelaki.

TERDAPAT banyak perkara untuk dipertimbangkan dalam mengecapi sesebuah hubungan yang berjaya – berpura-pura mendengar apa si isteri cerita di atas katil apabila anda benar-benar asyik dengan telefon, contohnya.

Bagaimanapun, apabila bercakap tentang rupa, kebanyakan kita pasrah dengan fakta bahawa wanita hanya mencari dan bahagia dengan orang yang kelihatan tampan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri membebel, memberontak sebab marah... suami patut diam saja atau wajar buat sesuatu?

Bagaimanapun, sebaliknya, menurut kajian baharu dari Florida State University mendapati, perhubungan lebih berkemungkinan berjaya apabila wanita kelihatan lebih menarik berbanding lelaki.



Lelaki kurang menarik akan berusaha lebih dalam perhubungan untuk memastikan kekal mengecapi bahagia.

Penyelidik menganalisis 113 pasangan baru berkahwin di Texas pada usia lewat 20-an.

Penilai dari Southern Methodist University dan Florida State University menilai pasangan berdasarkan daya tarikan mereka.

Pasangan juga diberikan soal selidik tentang keinginan mereka untuk kekal cantik dan menarik.

Mereka mendapati bahawa dalam sesuatu keadaan di mana lelaki itu kurang menarik, dia berkemungkinan berusaha lebih dalam perhubungan dengan perbuatan baik seperti memberi hadiah atau kerja-kerja rumah tambahan membantu isteri mereka.

Mereka melihat satu corak, di mana ini menjadikan wanita lebih bahagia dan berasa lebih dihargai, cenderung untuk mengukuhkan hubungan.

.

Usaha yang ditunjukkan si suami adalah lebih penting berbanding dengan hanya memiliki pasangan berwajah tampan.

Kajian itu menyimpulkan: "Pada dasarnya suami nampaknya lebih komited, banyak idea dalam memuaskan hati isteri apabila mereka merasakan bahawa mereka mendapat respon cukup baik."

Bagaimanapun apabila peranan itu diterbalikkan dan lelaki dinilai sebagai lebih menarik, keputusan daripada wanita yang ditinjau mencadangkan tekanan yang mereka rasai daripada mempunyai suami kacak membuatkan mereka tidak berpuas hati sehingga membawa kepada diet dan obsesi untuk bersenam.

.

Seperti cerita 'Beauty and the Beast', wanita itu memilih pasangan yang kelihatan seperti raksasa berbanding Putera Raja.

Mengulas mengenai penyelidik kajian Tania Reynolds berkata: "Hasilnya mendedahkan bahawa mempunyai suami yang menarik secara fizikal mungkin mengakibatkan kesan negatif kepada isteri, terutamanya jika isteri tersebut tidak begitu menarik.

"Penyelidikan menunjukkan mungkin terdapat faktor sosial yang memainkan peranan dalam amalan pemakanan tidak sihat wanita."

Malah, pasangan wanita juga merasakan mereka tidak perlu untuk bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik jika mempunyai pasangan yang kurang menarik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Bahagia, wanita, kurang kacak, tampan, isuke, tip

Artikel Lain