suria

Isteri membebel, memberontak sebab marah... suami patut diam saja atau wajar buat sesuatu?

Seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga sikap si isteri yang suka beleter sehingga kadangkala membingitkan telinga si suami.

JANGAN ditambah minyak ke dalam api yang sedang marak, nanti terbakar seisi rumah.

Kalau pasangan tengah marah, lebih baik kita diam dan sabar dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertepuk sebelah tangan... perlukah merayu, tunjuk ‘effort‘ dengan harapan si dia berubah hati?

Kita biasa mendengar kata-kata seperti ini daripada orang tua-tua, apatah lagi untuk pasangan baru sahaja berkahwin.

Sebenarnya, kita kena bersifat kontra dalam berumah tangga. Sebagai contoh kalau pasangan kita tengah membara marahnya, kita perlu menjadi ‘air’.

Begitulah toleransi yang perlu ada dalam hubungan suami isteri. Jangan pula 'sama naik' pada satu masa dan tak ada yang mahu mengalah.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang para suami perlu ingat sekiranya emosi isteri berada dalam keadaan tidak stabil.

Jika si isteri dalam keadaan marah, membebel ditambah ‘pakej' membentak, jangan pula si suami ‘buat bodoh’ dan diamkan diri saja.

gaduh partner 3

Jangan biar atau mengajak isteri bergaduh tetapi haruslah kena pandai melayan emosi dan psikologi isteri yang sedang membara.

Berbeza dengan lelaki, wanita yang sedang marah tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Ini kerana, tidak seperti lelaki yang apabila marah mahu menunjukkan ‘kuasa’ atau ‘ego’, si isteri kebanyakannya hanya mahukan perhatian.

Selagi suami tidak membalas setiap amarahnya, jangan harap dia akan puas.

Apakah cara yang baik melayan marah dan bebelan isteri?

Apabila isteri marah, suami jangan pula masuk ke gelanggang sebagai musuh sebaliknya masuklah sebagai ‘pesalah’ walaupun suami betul.

Mereka hanya mahu bersoal jawab dan berkomunikasi, bukannya sengaja cari pasal. Siapa betul, siapa salah tidak penting kerana bagi isteri, yang penting adanya interaksi dua pihak.

Bukan hanya sebelah pihak yang bersuara, sedangkan sebelah pihak jadi batu. Ini yang menyebabkan kebanyakan isteri kecewa dan kekesalannya tak akan berakhir.

Mula-mula, biarkan isteri habiskan bebelannya. Suka atau tidak tolak dahulu ke tepi, tadah saja telinga.

Ambil masa ini untuk dengarkan apa yang ingin diluahkannya. Kadang-kadang isunya kecil saja tapi bunga-bunga ayat itu yang meleret.

gaduh partner 2

Setelah isteri melepaskan semua yang terpendam di hati, si suami boleh 'masuk' secara perlahan-lahan untuk memujuk.

Jawab soalan yang dibangkitkan dengan jawapan paling selamat dan ringkas sahaja tidak perlu ‘serang’ semula.

Pada saat ini, adakalanya isteri bukannya mahukan fakta dan kebenaran.

Cukuplah sekadar menzahirkan yang kamu memang sedang mendengar dan faham apa yang disampaikanya.

Seterusnya, jangan lupa minta maaf dan minta isteri pun muhasabah kesilapan sendiri.

Peluang untuk si suami nyatakan terus yang kamu sayangkan dia dan keluarga. Pasti ‘cair’ dan terubat luka hatinya serta-merta.

Andainya dia masih merajuk, jangan bimbang, ia takkan berlarutan dan berpanjangan.

Dia hanya sedang melayan perasaan waktu itu kerana berasakan apa yang dilakukannya dan nyatakan berbaloi dilontarkan dan kamu pasti akan berubah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain