suria

Apa akan jadi kepada akaun FB selepas pemilik meninggal dunia? Rupanya ada cara buat ‘wasiat’ namakan pengendali baharu

Facebook menetapkan fungsi di halaman 'tetapan' (setting) yang membolehkan akaun dikendalikan 'penama wasiat' atau dipadam jika pemiliknya meninggal dunia. Gambar hiasan

FACEBOOK merupakan salah satu platform media sosial yang paling berpengaruh ketika ini dan masih relevan meskipun bertapak lebih lama berbanding platform lain.

Boleh dikatakan, hampir setiap individu memiliki akaun Facebook tanpa mengira lapisan usia.

Bukan sahaja medium komunikasi dengan kenalan serta berkongsi informasi, laman Facebook juga dijadikan diari di mana rata-rata daripada kita memuat naik hantaran, gambar serta video untuk diabadikan sebagai kenangan.

FB 2

Cara menetapkan 'penama wasiat'.

Namun kadang kala seseorang terlepas pandang di dalam setiap perkara yang telah dikongsikan di Facebook yang mana mungkin ingin diuruskan lebih teliti terutama selepas pemiliknya meninggal dunia.

Facebook mewujudkan Legacy Contact, di mana penama yang anda namakan mampu mengendalikan akaun anda seperti pinned sesuatu perkongsian pada susur masa profil, kemas kini gambar profil dan berinteraksi dengan friend request yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak popular, mudah je... 5 taktik ini bantu anda lebih dikenali di media sosial

Justeru, di sini mStar kongsikan cara bagaimana untuk menangani situasi berkenaan:

1. Pergi ke setting

2. Pilih security

3. Pilih Legacy Contact

4. Mulakan proses memilih penama 'wasiat' dan menjadikan mereka waris untuk menguruskan akaun sekiranya anda meninggal dunia.

FB 3

Langkah memadamkan akaun selepas pemilik menetapkan 'setting'.

Untuk tujuan memadam terus akaun Facebook pula, ada enam langkah iaitu:

1. Pergi ke setting

2. Pilih personal and account information

3. Pilih account ownership and control

4. Pilih memorialisation settings

5. Pilih legacy contact

6. Pada halaman delete after death, pilih yes, delete after death dan tekan save

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain