suria

Baru beli kereta? Elak buat tiga kesilapan ini ketika pasang ‘tinted’ cermin

Pemilik kenderaan perlu memilih 'tinted' cermin yang betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

SALAH satu perkara wajib yang dilakukan pemilik selepas membeli kereta baharu adalah memasang filem cermin atau 'tinted'.

Pemasangan 'tinted' bukan sahaja untuk tujuan keselamatan, tetapi juga keselesaan untuk mengelakkan kepanasan akibat sinaran cahaya matahari secara langsung.

Malah 'tinted' berperanan membantu ruang dalaman menjadi lebih cepat sejuk selepas pendingin hawa diaktifkan.

Justeru amatlah penting untuk anda sebagai pemilik kenderaan memilih 'tinted' yang betul di samping menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam satu perkongsian di TikTok, seorang pakar penjagaan kereta, James Alatin berkongsi tiga kesilapan yang biasa dilakukan pemilik kereta ketika memilih 'tinted'.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja enjin, wiper kereta juga perlu dijaga sepanjang PKP, ikuti 5 tip berguna ini

Menerusi perkongsian tersebut, James turut menerangkan kesilapan yang dilakukan tersebut bukan sahaja merugikan malah memberi kesan buruk yang lain.

tinted 1

Pemasangan 'tinted' yang tidak mengikut spesifikasi boleh mengundang saman JPJ. Gambar hiasan

1. Tidak buat 'touch and feel'

Ini amat penting kerana dengan cara ini, anda dapat merasa tahap kepanasan yang boleh ditampung oleh tinted yang dipilih. Menerusi cara ini, anda boleh tahu sama ada ia sesuai atau tidak untuk keperluan harian anda.

2. Tidak memeriksa ketelusan cahaya 'tinted'

Ini salah satu kesilapan yang biasa dilakukan pemilik kereta. Memeriksa ketelusan cahaya 'tinted' amat penting kerana anda berpotensi untuk disaman oleh JPJ jika tidak mengikut spesifikasi tang ditetapkan.

3. Tidak memeriksa selepas pemasangan 'tinted'

Ramai pemilik kenderaan menyerahkan urusan pemasangan 'tinted' 100 peratus kepada tukang pasang. Perkara ini sepatutnya dielakkan kerana bimbang anda menjadi mangsa penipuan. Lain yang dipilih, tetapi lain pula yang dipasang!

Semoga perkongsian oleh pakar penjagaan kereta ini boleh dijadikan panduan dan bermanfaat untuk anda!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain