suria

Dokumentari ‘Pekik’ singkap perkembangan scene underground

Pekik menampilkan ramai pemuzik-pemuzik Underground yang pernah terkenal suatu ketika dulu.

SEBUT mengenai muzik Underground, Urban dan Indie pasti ramai yang menganggap ia satu alunan bingit, ikhlas, memberontak, berjiwa muda dan pelbagai lagi tanggapan negatif orang ramai terhadapnya seni muzik itu.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa muzik-muzik seperti itu mempunyai semangat setia kawan seumur hidup demi perjuangan bersama.

Bagi memperbetulkan presespsi tersebut, sebuah dokumentari berjudul Pekik terbitan Stereo Pixels dihasilkan bagi memberi gambaran sebenar mengenainya.

radhi body slam

Antara babak bakal ditayangkan dalam Pekik.

Pekik mengisahkan tentang kisah silam muzik bebas di Malaysia yang memfokuskan kepada watak-watak penggerak iaitu penyanyi-penyanyi kumpulan dikenali, atsmosfera sekeliling tempat kejadian dan semangat kental mereka sejak dari revolusi asal.

Dokumentari ini turut menggabungkan temu ramah dan futej persembahan band dalam usaha untuk menjejak perkembangan scene underground di negara ini yang bermula dari sekitar akhir 80-an sehinggalah meletusnya fenomena muzik indie.

Bukan itu sahaja, dokumentari Pekik ini juga cuba untuk menyingkirkan mitos negatif yang sering menyelubungi tempat kejadian ini dengan menggambarkan subkultur dengan lebih tepat melalui perkongsian cerita oleh watak-watak.

ARTIKEL BERKAITAN: Program terbitan RTM ‘Syahadah’ menang dokumentari terbaik di Festival Filem Dunia Cannes

ARTIKEL BERKAITAN: Nak tengok TokTi marah? Filem dokumentari ‘Siti: Are You Ready?’ papar sisi peribadi Siti Nurhaliza

Lebih menarik lagi, Pekik seakan sebuah reunion di antara pemuzik-pemuzik yang terlibat di awal pembentukan muzik underground seperti Aru Peruzza, Radhi OAG dan Fathul Spiral Kinetic Circus di dalam sebuah dokumentasi yang belum pernah lagi diterbitkan di Malaysia sebelum ini.

Selain memfokuskan kepada perkongsian cerita oleh watak-watak penggerak, Pekik juga turut menyelitkan persembahan secara siaran langsung kumpulan-kumpulan yang masih aktif dari dulu sehingga sekarang antaranya Dead Mushroom, Couple dan Restraint.

pekik-astrofirst

Pekik temui penonton 1 April ini.

Menambah keunikan lagi apabila muzik latar dokumentari ini turut merupakan muzik-muzik segar yang disampaikan oleh kumpulan-kumpulan independent tempatan dan dimuatkan di dalam album runut bunyi rasmi (OST) Pekik.

Dokumentari ini diterbitkan dengan sokongan dari MyCreative Ventures yang merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Komunikasi & Digital.

Pekik bakal ditayangkan di Astro First bermula 1 April nanti, atau boleh di strim melalui platform On Demand atau Astro Go.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain