suria

‘Tujuh Dua Belas’ beri kelainan, angkat wanita sebagai pelakon utama dalam filem aksi

Selain berlakon, Farali juga mahir dalam seni mempertahankan diri.

PENGARAH Thorpe Ali memberi kelainan dalam filem terbaharunya berjudul Tujuh Dua Belas dengan menampilkan pelakon wanita sebagai watak utama dalam sebuah karya genre aksi.

Filem ini juga dibintangi oleh pelakon Farali Khan yang juga sebelum ini aktif dalam sukan seni mempertahankan diri.

Lebih menarik lagi, Thorpe turut membawa pesilat wanita Indonesia iaitu Chintya Chandranaya sebagai salah seorang watak utama bergandingan dengan Farali.

farali 3

Thorpe berani menampilkan watak wanita dalam sebuah filem aksi.

“Kebanyakan filem aksi selalunya memaparkan watak lelaki selaku tunjang utama, tetapi filem ini mengangkat golongan wanita yang lincah dalam seni bela diri.

“Disebabkan itu saya memilih pelakon seperti Farali Khan kerana dia memiliki asas seni bela diri, begitu juga pemilihan Chintya yang sememangnya tular dengan aksinya menendang tong gas terutama sekali di YouTube,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 13 tahun berakhir, filem angkat kisah James Brooke akhirnya masuk panggung 9 Mac

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy pegang watak Zuhal 6 bulan disebabkan PKP, ‘Imaginur’ sarat elemen hipnosis dan teka-teki

Mengetengakan tema jenayah penculikan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat, Thorpe dalam masa sama mahu memberi pendedahakan kepada umum bahawa masalah ini tidak harus di ambil mudah.

Malah kisah benar yang berlaku sebelum ini juga menjadi inspirasi buat syarikat produksi Osmosis Production dalam penghasilan filem ini.

Filem ini mengangkat golongan wanita yang lincah dalam seni bela diri.

THORPE ALI

PENGARAH

Thorpe dalam masa sama turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan sekuel filem ini dengan melibatkan kerjasama tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Kemboja.

“Mengenai tajuk Tujuh Dua Belas, ia sebenarnya memberi maksud kejadian penculikan yang berlaku dari pukul 7 pagi hingga 12 malam.

"Ia memberi mesej bahawa sekiranya berlaku kejadian sebegini, tindakan pantas harus diambil segera.

IMG_3579 (1)

Farali (kiri) dan Chintya diberi kepercyaan sebagaiw atak utama.

“Sekiranya filem ini mencipta kejayaan, kami juga sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel yang kedua dengan gabungan pelakon-pelakon Malaysia, Indonesia dan Kemboja,” luahnya.

Filem ini turut menampilkan Johan As’ari dan Adam Darwisyh sebagai pelakon utama.

Tujuh Dua Belas dijangka bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 4 Mei ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain