suria

Filem ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ ke Itali, pertama kali ditayangkan di luar negara

Malaysia bakal diwakili oleh filem arahan Pitt dan Jin Ong di FEFF.

FILEM arahan Allahyarham Pitt Hanif berjudul Coast Guard Malaysia: Ops Helang mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih untuk ditayangkan sekali gus bertanding dalam Udine Far East Filem Festival ke-25 (FEFF) di Itali yang dijangka bermula pada 21 April ini.

Meluahkan rasa gembira, penerbit filem ini yang iaitu Arie Zaharie, Muhammad Hady Yusry Makmor, Rozita Mat Isa dan Azlan Zaharie turut meluahkan rasa bangga apabila dapat mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Dalam masa sama tayangan di Itali nanti bakal menjadi yang pertama buat filem ini dipertontonkan di peringkat antarabangsa.

Coast Guard 1

Filem Coast Goard sebelum berjaya meraihkan kutipan box-office selepas seminggung tayangan.

"Bagi pihak semua pembikin filem Malaysia, kami amat berbangga dan berbesar hati untuk mewakili Malaysia dalam edisi ke-25 ini. Doakan yang terbaik buat kami," kata wakil penerbit dalam satu kenyataan.

Selain Coast Guard, sebuah lagi filem yang akan membawa nama Malaysi di adalah karya arahan Jin Ong berjudul Abang Adik.

Jin Ong sebelum itu pernah memenangi dua anugerah bagi ketegori penonton dan anugerah khas juri dalam edisi ke-37 Festival Filem Antarabangsa di Switzerland hujung Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dokumentari ‘Pekik’ singkap perkembangan scene underground

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tujuh Dua Belas’ beri kelainan, angkat wanita sebagai pelakon utama dalam filem aksi

"Saya berasa sangat berbesar hati menerima anugerah sebelum ini dan saya sangat gembira dapat membawa filem Malaysia untuk dikongsi bersama mereka," ujarnya.

Sementara itu wakil Malaysia International Film Festival (MIFFest) menjelaskan kerjasama dengan FEFF yang terjalin sejak dua tahun lalu merupakan satu langkah baik untuk terus mempromosikan karya tempatan ke peringkat antarabangsa.

Membawa tema From East to West, kerjasama antara dua pihak ini juga dapat memberi suntikan buat pengkarya Malaysia supaya terus menghasilkan filem berkualiti untuk pasaran antarabangsa.

abang adik 1

Karya Jin Ong berjudul Abang Adik sudah pernah menang di festival filem antarabangsa.

"Kami berbesar hati kerana kedua-dua filem ini terpilih dalam FEFF. Filem-filem ini telah mendapat kejayaan besar dan boleh mewakili Malaysia dengan baik.

"Ia benar-benar satu keistimewaan bagi filem Malaysia untuk menerima pengiktirafan oleh FEFF.

"Selepas dua tahun bekerjasama dengan FEFF, kami berharap dapat terus membina hubungan jangka panjang antara Malaysia dan Itali," jelas pengasas MIFFest, Joanne Goh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain