suria

‘Sumpahan Jerunei’ angkat misteri adat pengebumian, sejarah budaya kaum Melanau

Sumpahan Jerunei akhirnya masuk pawagam Julai depan.

SELEPAS dua tahun ditunda tayangannya akibat pandemik Covid-19, filem berjudul Sumpahan Jerunei akhirnya bakal menemui penonton di pawagam pada Julai depan.

Penerbit filem berkenaan Datuk Nancie Foo berkata, Sumpahan Jerunei adalah inspirasi kisah benar mengenai sejarah kaum Malanau yang sering dikaitkan dengan penuh misteri.

Menerusi naskhah ini juga, ia cuba mengupas rahsia di sebalik misteri adat pengebumian kaum berkenaan yang menggunakan Jerunei, diperbuat daripada kayu belian bagi menempatkan individu yang menjadi mangsa pembunuhan tidak bertamadun itu.

"Karya ini merupakan kisah benar tentang budaya dan pihak produksi perlu melakukan kajian mendalam sebelum mendapat kebenaran daripada Majlis Adat Istiadat Sarawak untuk menjalani penggambaran filem.



Wendy (kanan) dan Nancie selaku penerbit filem Sumpahan Jerunei.

"Kajian itu juga mengambil masa dua tahun dan kami siap membuat tesis untuk budaya dan sejarah Jerunei ini," katanya.

Nancie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi fotografi barisan pelakon Sumpahan Jerunei baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Seleksi program istimewa sempena Aidilfitri di Suria FM, drama ‘Raya Akhir’ trending di YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi ikut trend ‘Flower Challenge’ di TikTok... Qasrina Karim ditegur netizen, berhijab tapi nampak telinga

Sumpahan Jerunei dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Ruminah Sidek dan Yuyun Hikmah.

Sementara itu, dalam usaha mencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda, pihak produksi Seni 2020 turut mengadakan pertandingan reka bentuk poster khas buat pelajar di beberapa universiti tempatan.

Salah seorang lagi penerbit filem berkenaan, Datin Dr Wendy Wong memberitahu poster yang terpilih akan dibawa bertanding di ASEAN International Film Festival (AFIFA) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kita buka untuk pelajar kita boleh cungkil bakat baru.

WENDY WONG

PENERBIT

"Kalau kita buka kepada umum ia akan menjadi tidak adil kerana mereka yang profesional juga turut bertanding.

"Jadi bila kita buka untuk pelajar kita boleh cungkil bakat baru malah kalau mereka menang poster ini melalui AIFFA bukan sahaja nama mereka dikenali tapi nama universiti akan disebut," katanya.

Pertandingan poster ini akan berlangsung bermula 20 April sehingga 20 Mei 2023 ini yang melibatkan beberapa pelajar universiti terpilih.

339818562_1270997430291521_5548802312842501899_n

Cara menyertai pertandingan poster Sumpahan Jerunei.

Malah pemenang pertandingan ini turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 berserta telefon bimbit jenama Realme 3 Pro.

Manakala tempat kedua hingga kelima juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai berserta cenderahati.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh layari laman web www.seni2020.my.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain