suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

19 mangsa terkandas insiden kepala air di Sungai Pertak berjaya diselamatkan, 8 masih hilang

Anggota bomba giat menjalankan usaha pencarian bagi mengesan kesemua mangsa yang masih hilang dalam insiden kepala air di Sungai Pertak. -Foto Bomba

SERAMAI 19 individu yang dilaporkan terkandas dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Hulu Selangor pada Isnin berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan lapan lagi individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.55 petang itu membabitkan keseluruhan 34 individu dalam beberapa kumpulan berasingan, termasuk tujuh yang dilaporkan selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama pada pukul 6.37 petang membabitkan lima warga Yaman yang sedang melakukan aktiviti mendaki di kawasan berkenaan.

Menurutnya, seorang daripada mereka dihanyutkan arus deras, manakala empat lagi berjaya menyelamatkan diri.

Seramai lapan individu dilaporkan masih hilang selepas dihanyutkan arus deras.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Selang tiga minit kemudian, kami menerima satu lagi laporan membabitkan tujuh individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India yang dihanyutkan arus deras.

"Selain itu, terdapat tujuh lagi individu yang dilaporkan terkandas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ashrul Riezal berkata, kesemua 19 individu yang terkandas di tiga lokasi iaitu Lata Jerlus, Kem Luit dan Gunung Rajah berjaya dibawa ke tempat selamat.

Bagaimanapun, operasi SAR masih diteruskan bagi mencari lapan individu yang belum ditemui selepas dipercayai dihanyutkan arus deras.

Pihak berkuasa kini giat menjalankan usaha pencarian bagi mengesan kesemua mangsa yang masih hilang. -The Star

 

Artikel Lain