suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seramai 5,286 anggota tentera, polis tunai tanggungjawab setakat 10.35 pagi... SPR sasar jumlah keluar mengundi awal 95 peratus

Anggota yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab membuang undi awal bagi PRN Melaka di Kem Terendak. -Foto LEONG WAI YEE/The Star

SERAMAI 5,286 anggota polis dan tentera sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat pukul 10.35 pagi, Selasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata jumlah tersebut adalah daripada keseluruhan 12,531 anggota tentera dan polis yang layak mengundi. 

"Setakat ini real time iaitu 10.35 pagi, jumlah keluar mengundi adalah sebanyak 53.25 peratus atau 5,286 anggota.

"SPR berharap trend pengundian terus meningkat sehingga petang, dengan sasaran kadar keluar mengundi boleh mencapai 95 peratus," ujarnya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Menurut Ramlan, proses pengundian awal dilaksanakan di 31 pusat mengundi di seluruh Melaka yang melibatkan 50 saluran.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 19 pusat mengundi akan ditutup pada 12 tengah hari, tiga pusat mengundi pada 2 petang dan sembilan lagi pada 5 petang," ujarnya.

PRN Melaka ke-16 menyaksikan proses pengundian awal berlangsung hari ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 14 November.

Seramai 79 calon daripada pelbagai parti disahkan layak bertanding merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya kali ini.

Artikel Lain