SEBUAH kenderaan utiliti sukan (SUV) yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan Kompleks Penjara Kajang pada pukul 2.40 petang Selasa.Kenderaan berwarna kelabu itu diiringi beberapa kenderaan polis dan Jabatan Penjara. Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, kenderaan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.Perkembangan lanjut menyusul.