NAMA penyampai radio, Shasha Nadira menjadi sasaran kecaman netizen selepas didakwa bersikap ‘syok sendiri’ ketika mengendalikan Konsert RadjaWali yang berlangsung pada malam Sabtu.Rata-rata penonton yang hadir meluahkan rasa kecewa apabila konsert kumpulan kegemaran mereka dari Indonesia itu didakwa bermula lewat gara-gara pengacara majlis (MC) yang bercakap terlalu lama. “Semua punca MC! Syasya Era itu cakap banyak sangat. Dah masuk pun lambat! 8.40 malam tak mula lagi. Sangat gagal!Konsert RadjaWali undang rasa geram penonton.“Baik kau pilih satu artis saja nak buat konsert! Dahlah mula lambat dengan host syok sendiri.“MC pun macam mesyuarat PIBG! Paling teruk, banyak buang masa,” antara komen netizen di ruangan Thread.Tidak berdiam diri, Shasha tampil membalas salah satu komen netizen dan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada malam berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik tak profesional urus majlis nikah Fattah, Amira… Radin terima teguran dengan hati terbukaARTIKEL BERKAIYAN: "Kalau ada jodoh, adalah nanti" - Zeera Azizi buka mulut status hubungan dengan Zhiddin AzizTidak berdiam diri, Shasha tampil membalas salah satu komen netizen dan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada malam berkenaan.Menurut Shasha, bukan niatnya untuk melewatkan persembahan dua kumpulan terbabit, sebaliknya terdapat masalah teknikal yang memaksanya terus bercakap bagi mengawal keadaan sementara menunggu isyarat daripada pihak produksi.“Bukan syok sendiri, tengah tunggu arahan untuk band bersedia awak. Ada masalah teknikal.“Saya pun kalau boleh tak nak cakap lama-lama. Saya pun minat Radja dan Wali,” jelasnya.Antara komen yang ditinggalkan netizen.Terdahulu, penonton Konsert RadjaWali turut meluahkan rasa berang apabila persembahan Wali Band dihentikan secara mengejut tepat pukul 12 tengah malam, Ahad.Situasi itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton sehingga ada yang menyerang pihak penganjur dan pasukan produksi.Malah, suasana di dea Live Arena dilaporkan menjadi kecoh apabila penonton menjerit ‘boo’ sebagai tanda protes terhadap pengumuman pemberhentian konsert tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube